Rabu, 5 November 2008

PETUA - kata orang tua

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
(yang pompuan la....lelaki dah memang handsome.....)

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 keling) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat.
Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan.
Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih.
Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata - Gatal dan Letih
(bukan mata gatalll yea...)

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih.
Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam.
Selepas itu, tapis airnya.
Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali.
Lakukan selalu dan
hasilnya anda akan merasai perubahannya.

(kalau mata dah segar macam macam ada...)


Ini ada lah selingan saja sebab sambungan kepada 'Nostalgia and Legacy' lom siap lagi...sehari dua sebukk sikit ade yang nak dibuat....

Tiada ulasan: