Jumaat, 31 Oktober 2008

SAYONARA...PLUS/PEB/ELITE/LINKEDUA

NOSTALGIA AND LEGACY

Tarikh: 26hb Oktober 2008.

Pada tarikh ini genap lah 2 bulan saya meninggalkan PLUS/PEB/ELITE/LINKEDUA secara bersara wajib. Langkah senyap keluar daripada UEM group am nya dan PEB group khas nya tidak membenarkan saya melangkah kedepan sambil jalan jalan cari makan kerana setiap kali lalu dilorong lorong, singgah di laybys dan RSA menyekat langkah saya dan ini memberikan saya terpaksa menoleh kebelakang tetapi tidak 'jangan pandang belakang'.... ramai yang bertanya dari mane? , jauh nya jalan en.., hai sehat ke, lama x turun, dah gaji ke, duit rayaa , handsome nampakk g mane, en dah pencen ke? nape kami x tau, x ade email punn....dan macam2 lagi..kesemua mereka tu ceria ceria belaka.

Tapi lain pulak dengan chief2, ketua jabbatan, boss2 seksyen....faham dah telah difahami ...sebukkkkk.(dia orang bukan x tau no. hp aku..0193828448 ) x tukar pun sbb PEB baik bagi aku pakai tapi tukar nama...ha ha ha ha.

Justeru itu saya ingin menoleh kebelakang 20 tahun dahulu meninjau, merintis, mengingati dan memberi ingatan...sebagai satu nostalgia dan legasi.

Rintitan peristiwa dan kenangan yang saya masih ingat ini mengikut jejak jejak dimana ARA bertugas.

alaaaaa...mata dah ngantuk ni....sbb tadi ade jalan jalan cari makan and wat presentation sikit...penatt tu sbb lame dah x bercakap..

besokk la kita jumpa lagi.......Highway Maintenance Department ..(1988)

Khamis, 23 Oktober 2008

Yesterday n Today

Semalam (21/10/08) n Hari Ini (22/10/08)

Aku ber 5 menaiki kereta BMW 5seies...bestt tu menuju ke JB (orang johor kata turun jb)....V6 aku tertinggal di Tangkak...pejabat S.. dimana dia orang x tahu kereta tu aku punya...orang orang tertentu jea tauuu.

kerja kami ronda seluruh JB dan kawasan sekiternya....heh heh heh...ade lah yang kami buat.
jalan jalan cari makan...jalan jalan nak wat duit...cari rezeki la...sebab orang pencen kena kerja kuat....

hari ni jumpa n meeting orang penting...geng yang lain tu ....register n wat permohonan nak jadi Kon....Kontraktor la. meeting lagiii n bincang lagi...ngetih ngetih lagi..
jalan jalan cari makan...jalan jalan register kontrak.

singgah la ketempat lama....masing masing tanya...'boss' laman blog camne nak bukak...so tolong la bukakkan allright..jap lagi kawan masuk n bagi komen...kata yang sorang lagi tu kat opis.

jumpa kat kantin...ngetih lagi..ehh ehh...ramai lak yang datang n jumpa 'bos lama' dia orang..
boss.....sebuk nampak n relax jea....aku jawap camni orang pencen....
jalan jalan cari makan....

pergi makan 'lunch' ngetih lagi...!!!!!!

jumpa orang besar lagi....kat opis besar di danga bay....register lagi....kawan punya geng punya kontrak la tu...terjumpa sahabat lama...dia orang besar n no 2 lagi...no 1 kenal lebih kenal tapi segan nak jumpa...sebab dah pencen. kata orang no.2 tu....'man' orang pencen dudok diam diam..alamak jawab aku....dudok diam nak makan ape? Z..
jalan jalan cari makan..jalan jalan opppp ade peluang (opening tu).

ngetih lagi...kat 'singgah selalu' yang la ni dah mahal.

On the way balek ke KL singgah kat S...kat sedenak..jumpa lak Y n L ..diaorang terperanjattt..'bos' lame menghilang n x nak bagi tau...kita orang semua...he he he he kesian kita.
jalan jalan cari makan....jalan jalan mintak permitt.

Sampai Tangkak..cari HP yang tertinggal...nasibbbbbb baik ade...kalau tidak dah 5 bijikk asyek hilangggg jea.
jalan jalan cari makan....missed cal banyakk nye...sms x tau la..ade yang dah rajuk...ade yang marah ...ade yang kate....kat mane tuuuu...p mane tuuuu..he he he
jalan jalan cari makan....peluang ade lagi.

besok lunch...business meeting....opening lagi agakk nya...jalan jalan cari makann

Badann ni penattttt...tapi naik BMW okay la sikit.

Selasa, 21 Oktober 2008

Sungguh bermakna Seorang Kawan

Sungguh Bermakna Seorang Kawan

kata mama...
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata papa...
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk...
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek...
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....

kate sedara...
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang...
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak...
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tapi sedap dimakan....

kata adik...
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku...
KAWAN tu tak kisahlah camner...
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,
BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN &
MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???

sekali AKU kawan ngan KAU
selamanye KAU tetap kawan AKU...
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA..

Isnin, 20 Oktober 2008

Linkedua - Makan Malam Yang Terakhir

Tarikh: 17hb Oktober 2008.

Walaupun telah bersara hampir dua bulan saya bersara wajib sebagai Pengurus Besar, pada 17hb Oktober 2008 saya telah dijemput menghadiri majlis makan malam persaraan saya di Hotel Bluewave Johor Baharu. Acara bermula pada jam 8.00 malam dan saya hanya muncul pada jam 8.15 mlm, di kepala saya bermacam macam persoalan yang perlu dijawab antara nya ada kah majlis ini dapat sambutan, ramai ke yang hadir, kalau ramai berapa orang yang kerja kat lorong dan macam macam lagi. Apa yang nak dicakapkan kerana saya tidak pernah membuat ucapan tek, dia orang ni suka ke atau tidak aku bercakap tanpa tek...dan macam macam lagi, budak budak yang aku gantung kerja tu datang ke, penyelia yang kena marah dulu datang ke....

Apabila lif hotel itu terbuka ditingkat 20, rupa rupa nya AJK sambutan dan eksekutif sudah siap menunggu dengan wajah yang ceria dan rasa nya lebih ceria dari event yang terdahulu ' hari Keluarga' di 'Tanjung Puteri Golf Resort". Masing masing berebut menghulurkan tangan untuk bersalaman. Didalam hati berkata juga happy nampak nya dia orang ni kerana aku dah retired.

Saya di iringi ke dalam dewan makan dan bersalaman dengan semua orang yang terdiri daripada Jurutol, Penyelia Plaza, pejabat seksyen dan executives. Hati dan perasaan saya mula terharu dan sedih melihat wajah wajah mereka yang saya rasai bahawa mereka mereka ini perlu pimpinan yang lebih panjang masa nya kerana 8 bulan menjadi 'boss' mereka, satu tugasan yang amat singkat.

Berikut adalah intipati ucapan saya yang panjang dan agak lama juga walau pun saya tidak mempunyai tek ucapan, mereka mendengar dengan penuh perhatian walaupun diselangi dengan lawak (itu pun kalau lawak).

1. saya menjadi 'boss' mereka hampir 8 bulan dan tugasan yang singkat itu tidak mungkin dapat menyelesaikan masaalah yang ada.
2. saya mula mengenali ramai pekerja linkedua walaupun tempoh tugasan yang singkat.
3. saya mula memahami mereka walaupun tempuh tugasan yang singkat.
4. saya mula suka dan menyayangi mereka walaupun tempuh tugasan yang singkat.
5. saya meminta dan menasihati mereka tinggalkan kerja kerja yang ' nakal' terutama Jurutol Jurutol di Plaza Perling, plaza Lima Kedai dan Plaza Tanjung Kupang...
6. saya menasihati mereka jangan ambil peduli ' politik dalaman' kerana jika difikirkan sangat prestasi tidak dapat di pertingkatkan.
7. saya mengingatkan mereka hubungan antara Penyelia dengan Jurutol perlu di pertingkatkan tegur menegur untuk satu satu kesilapan itu perlu diadakan.
8. pada ketika ini saya adalah seorang pesara, pengganggur (jobless..Unemployed). Sentiasa tenang menghadapi hari hari mendatang.
9. saya mengingati mereka supaya meningkatkan tahap akademi masing masing kerana pada masa ini tahap akademi memang di tuntut oleh mana mana syarikat, jika mereka ingin mengembangkan karrier masing masing.
10. saya mengingati mereka juga tentang perancangan masa hadapan dimana ini perlu sekurang2 nya 3 bulan dan jangan saperti saya yang tidak ada perancangan walaupun sentiasa bekerja sehingga hari terakhir persaraan.
11. saya mengingati mereka supaya 'focus' dalam membuat satu satu perkara.
12. saya memberitahu mereka pada ketika ini saya sudah membuka laman 'rahmanamir.blogspot.com'. email : arahmanamir@gmail.com dan rahmanamir@yahoo.com .

Oleh kerana saya telah membuat pengumumam itu maka terpaksa saya menulis 'tugasan yang singkat' dalam laman ini.

Akhir nya untuk Warga Linkedua, saya dan keluarga memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan yang telah saya lakukan semasa menjalankan tugas sebagai Pengurus Besar di Linkedua.

Pantun Balasan dari MC Jo pada malam itu.

Pulau Pandan Jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung Tanah,
Budi Baik dikenang Juga.

Dari Kl ke Johor baharu
Singgah di bt pahat melihat kuari,
Hati terusik walaupun baru,
tetap ter semat di sanubari.

selesai majlis saya pun ngetih di kedai favorite saya 'restoran Sayam'.
masuk tidor hampir pukul 1 pagi dan esok pagi pagi nak bermain Golf..

Sayonara.....Warga Linkedua.