Ahad, 21 Disember 2008

NOSTALGIA dan LEGASI

Section C2 ( Jalan Raya Tol Slim River - Tg Malim)

Dec 1989

ARA melapurkan diri di jalan raya tol Slim River - Tg Malim berpengkalan di Slim River Perak ( satu satu nya jalan lama ber tol di FR 1) yang ber operasi secara sistem terbuka.....satu nostalgia.

Tugas Utama sebagai Jurutera Penyelenggara (Maintenance Engineer) jalan raya dan berurusan dengan kontraktor LLM yang telah dilantik...

Pejabat ada tapi hanya lah sebuah 'site office' berkongsi dengan Juruteknik LLM yg sekejap ada sekejap tak ada. bekerja saorang diri...semua kena buat sendiri...jadi typist...jadi clerk...jadi technician...jadi Engineer ha ha ha itu lah .......satu nostalgia.

Kerja bersaorangan ditemani dengan kereta operasi ' Green Car' yang mempunyai dua seat saje..seat belakang ...penuh dengan barang barang safety ' safety items' untuk kegunaan operasi.
ARA bangga menggunakan 'green car' tu...cuma sejak dua menjak ni...'green car' tak nampak langsung...yang ade 'blue car'....he he he he. Cite pasal 'green car' tempat tempat lain ARA dengar ada yang kena cekup oleh DHS, AAM n JMB kat supermarket la, kat hotel la..kat genting pun ada...keja kat C5 'green car' ada kat melawati...n macam2 lagi la.
saorang TSTO dari Jabatan Taffik dan Keselamatan sepatut nya melapurkan diri tapi TSD n HRD masih dalam pencarian..... satu nostalgia n legasi 'green car'

Pengambilan jalan raya tu dilaksanakan sepenuhnya pada 31.12.1989 dan esok nya jalanraya tu menjadi tanggung jawap PLUS dan ARA memikul tanggung jawap itu...baru lah kerja kerja pemantauan dan pelaksanaan berjalan mengikut cara PLUS. semua aspek dipantau dan dilakukan melalui 'site Inspection' dengan kontraktor. 'Routine Maintenance' dilaksanakan penuh mengikut jadual yang ARA buat semasa proses pengambilan dan site familiarisation sebulan yang lepas. Pemeriksaan longkang dan parit, terowong air, slope and Embankment, permukaan jalan raya dan bahu jalan, pengurusan tafik dan peyelenggaraan bangunan tol plaza dilaksanakan secara sistematik. semua kecacatan diambil kira dan perancangan pembaikan disusun semula. lapuran 'Routine Daily Progress Report'(DPR) dihantar oleh kontraktor setiap hari tanpa gagal.......ARA lakukan nya saorang diri...macam diatas tadi la....one man show... satu Nostalgia n Legasi.

Kontaktor merasai perbezaan yang ketara dalam melaksanakan kerja kerja routine. longkang2 yang dahulu di cuci mengikut cita rasa masing masing kini telah berubah kerana terpaksa mengikut citarasa PLUS walaupun prosidur dan cara maintenance didalam kontrak sama saja. longkang2 konkrit yang dulu tak nampak saiz sebenar kini jelas kelihatan dan tak nampak setiap longkang macam setengah saiz jea. masaalah banjir kilat telah dapat diatasi dan bahu jalan yang dulu nya lecak kerana berlubang sana sini kini air mengalir terus ke longkang tanpa sekatan.....heran juga yea...lebuhraya sekarang ni ponding banyak merata rata sepanjang lebuhraya bila hari hujan.....sebab verge tinggi dari longkang....
kontraktor penat....ARA lagi penattttt tapi tak ape....satu Noltagia n Legasi.

Pengurusan trafik mula dilaksanakan di jalanraya mengikut traffic managemnet plan PLUS...dan pehak JKR Daerah mula mengangkat topi kat PLUS kerana melaksanakan sistem pengurusan trafik yang teratur. ARA beritahu JKR Engineer Daerah Batang Padang, ARA ex JKR dan dalam spesifikasi JKR juga ada nyatakan pengurusan trafik tapi kenapa tidak dilaksanakan?. kemudian nya JKR Batang Padang melaksanakan pengurusan trafik.....satu Legasi.

Pengurusan Seksyen C2 dibentuk dan ARA jadi Boss la, disamping maintenance, TSTO 'AA' jaga trafik, JOE 'ANI' jaga tol.
TSTO ' AA' (dah jadi ex PLUS) tidak ada pengalaman langsong dan tidak faham prosidur lagi....jadi ARA kena lah ajar dia, kemudian 'AA' ditukar ke Tangkak dan diganti dengan TSTO 'R' atau Roland yang pakai cermin mata 'retak sebelah'...dia ni lagi worse than 'AA' malas dan banyak 'Excuse' ....Roland pun tak lama di PLUS...
JOE 'ANI' sekarang dah jadi DSM ....ARA tak mahu komen banyak sebab ....macam 'kacang lupakan kulit'....'melepaskan anjing tersepit' ...dan suka 'tikam belakang....ARA penatt la .

ARA pindah ke pejabat pentadbiran Tol dengan 'NJ' menjadi setiausaha ARA pertama, 2 jurutol 'JH' n 'R' menjadi MA...sampai sekarang dia orang ada kat C2 tu. 'NJ' dah jadi executive kat HQ. Chief Supervisor 'MA' tak tahan di C2 dan minta tukar ke N2. Jurutol 'Mazlan' jadi RCC operator dan sekarang jadi TSTE C2 selepas tu tukar ke N5 dan la ni balek semula ke C2. Jurutol 'Chandran' dinaikan pangkat jadi penyelia dan sekarang dah jadi 'Chief Union' dan pernah melabelkan RAD (Rahman Ada Dendam) masa dialog dengan Union sewaktu ARA jadi Boss RAD, tapi dia lupa ARA lah rekomen dia jadi supervisor tu dulu. Supervisor 'Zam' masih di C2 lagi...enggan naik pangkat kecuali dipaksa...ARA masih ingat dia ni sentiasa menjdai pemain 'simpanan' team pingpong CRegion walaupun dia pemain yangbagus. penyelia 'MB' jadi penyelia C1. jurutol 'laila' masih ade, jurutol ' Maaruf' yang makrup tu tukar C5 dan banyak kali tukar plaza..jurutol 'R' yang buat hal kat slim river dah jadi ex PLUS dan Penyelia ' K' dah arwah semasa di plaza tol UPM. ........satu Nostalgia dan Legasi.

Semasa GMO 'JMB' mat saleh peranchis tu buat lawatan ke C2 ,ARA pernah kena marah sebab keta 'green car' bersih......kata dia ' Rahmaann ..u are not working because your car very clean' ARA terangkan keta tu baru di cuci tengahari dan baru dia faham....petang tu dia bawa keta tu ke tg malim dan perhhhhh bawak keta antara bahu jalan dan jalan...habis kotor lagi keta tu...'this the way we works' kata dia dalam keta......I miss U JMB .....satu nostalgia.


ok ...setakat ni la yea...coretan dan catatan yang ARA buat. catatan ni hanya keluar dari kepala ni jea...kalu tengok 'V Planner system' mungkin banyak boleh di catat.

C U next @C5......

Ahad, 14 Disember 2008

Jalan jalan cari makan

Salam kepada semua pembaca blog ARA...

ARA dah lebih sebulan tidak menulis didalam blog ni...sebab nya senang jea 'Mudah Lupa... ' ha ha ha ha.

1. Mudah Lupa kepada kengkawan.
2. Mudah Lupa kepada siapa yang menolong kita.
3. Mudah Lupa kepada siapa kita sebelum ini.
4. Mudah Lupa dulu kita macam mana.
5. Mudah Lupa asal kita dari mana.
6. Mudah lupa dulu nya kita juru Tol.
7. Mudah Lupa dulu nya kita Penyelia.
8. Mudah Lupa dulu nya kita Kerani biasa.
9. Mudah Lupa dulu nya kita Management Assistant.
10. Mudah Lupa dulu nya kita Executive.
11. Mudah Lupa dulu nya kita Manager.
12. Mudah Lupa dulu nya kita Section Manager.
13. Mudah Lupa dulu nya kita Region Manager.
14. Mudah lupa dulu nya kita Ketua Jabatan.
15. Mudah Lupa dulu nya kita Senior Manager.
16. Mudah Lupa dulu nya kita General Manager.
17. Mudah Lupa dulu nya kita Managing Director.

kita mudah lupa akhir nya lupa daratan.
kita mudah lupa akhir nya kita bongkak.
kita mudah lupa akhir nya kita sombong.
kita mudah lupa akhir nya kita aniaya orang bawahan.
kita mudah lupa akhir nya kita maki hamun orang.
kita mudah lupa akhir nya kita fitnah orang.
kita mudah lupa akhir nya kita mengutuk orang.
kita mudah lupa akhir nya kita macam kacang lupa kan kulit.
kita mudah lupa akhir nya kita macam melepaskan anjing tersepit.
kita mudah lupa akhir nya kita macam mencurah air ke daun keladi.
kita mudah lupa akhir nya kita macam menongkat langit.
kita mudah lupa akhir nya kawan jadi lawan kita.

okay...ini lah hakikat nya yang perlu kita fahami dan ini lah ketentuan yang akan menjadi realiti hidup kita....jadi banyak banyak la besabar.

ARA di mana tu...merepek jea.
ARA kat Sunway Lagoon sbb ARA mudah Lupa nak bawak anak2 bercuti.....hi hi hi