Rabu, 12 November 2008

SAYONARA ..PLUS/PEB/ELITE/LINKEDUA (2)

versi BM.

NOSTALGIA DAN LEGASI

HIGHWAY MAINTENANCE DEPARTMENT ( dikenali juga MAINTENANCE MANAGEMENT DEPARTMENT)


ARA mula melapurkan diri sebagai Jurutera di Syarikat Swasta (PLUS BHD) setelah mengambil keputusan meletakkan jawatan se bagai Jurutera di Jabatan Kerajaan (JKR) Cawangan Rekabentuk Ibu Pejabat. Pejabat Jabatan ini (HMD) terletak di bangunan Syed Kechik di Bangsar, Jalan Telawi (kalau x silap) bersebelahan Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) (pejabat lama LLM). DI adalah Ketua Jabatan (HOD), orang muda yang bongkak, jurutera muda yang diambil bekerja dari Syarikat Peremba ( HS - Naib Pengerusi Eksekutif UEM juga dari Peremba), DI di bantu oleh Mr. Char??? dari TRansrooute Peranchis. ARA merupakan salah seorang "Magnificent 7 Engineers" yang terakhir di PLUS dimana kesemua nya telah meninggalkan PLUS (HH, SS, ART, KA, KZ, CTK) bersama sama dengan nama jabatan ini hilang dari lipatan sejarah PLUS...satu legasi.
HMD ini hilang kerana kerakusan dan idea dari Presiden Unit lebuhraya, RENONG BHD..DR.???? yang menerima cadangan drp konsultan D..Lit???? supaya HMD di hapuskan dan kesemua warga kerja di tukarkan ke Opus (NMM) dan yang tinggal hanya lah tulang rangka sahaja yang bertindak sebagai pemantau kpd Opus dan Jabatan ini ditukar nama menjadi MMD...sampai la nama tu wujud.
Pada peringkat awal nya kita orang bekerja keras dalam satu pasukan walaupun kami tidak suka kpd DI di bawah kelolaan chief drp Peranchis, kita belajar, berbincang dan berbahas dengan mat salleh peranchis tu..ARA selalu berlainan pandangan dengan nya (sbb ARA graduan British U). mat salleh tu memang Pro. akhir nya ARA dapat menimba ilmu yang banyak drp nya kerana mat salleh tu berpengalaman dalam bidang Lebuhraya lebih drp 15 tahun. ....Mr. Char...I missed u so much......satu nostalgia dan legasi.

ARA dan HH bekerja keras menyiapkan Routine Maintenance Procedure / Contract Procedure / Heavy Reapirs Procedure termasuk lah Program Routine Maintenance dan SI (site instruction) untuk kerja kerja yang tidak mengikut program (Non Performance). Sampai lah sekarang ini kesemua procedure itu maseh lekat di kepala ARA.....satu legasi.

ARA fikir tidak ramai yang tahu kewujudan HMD ini kecuali MZA, HNM, AS, n Jo (mungkin) yang maseh ade di PEB sekarang.

Semasa era DIM tidak ramai yang tahu(sudah lupa) menggunakan SI atau takut keluarkan SI sehingga sekarang (SM / RM ) semasa era NAH ini..masih takut dengan bayang2....satu legasi.

Untuk pengetahuan ARA lah orang yang tidak bersetuju HMD di Outsourse kan atau dijualkankerana berpendapat ini akan menghilangkan 'kebolehan' sebenar jurutera PLUS (lost credibility) di peringkat kerajaan kerana terlalu bergantung kpd Opus/NMM. Pandangan ini ARA suarakan dalam satu mesyuarat penting....akhir nya ARA telah di sejukkan se sejuk embun pagi dan di aiskan 'snow white' atau snow ball......satu lagi legasi dan nostalgia.

Tiada ulasan: