Ahad, 7 September 2008

KPN - Insan Mulia berhati waja

1. Sedih saya membaca keratan surat khabar mengenai Tan Sri Musa Hassan (KPN) yang dikatakan Nazak dan Lumpuh yang diterbitkan oleh Suara Keadilan. kenapa suara keadilan begitu sanggup mengeluarkan berita saperti itu yang secara perinsip nya benar benar tidak ber etika.

2. Kenapa suara keadilan begitu marah dengan KPN yang benar benar bekerja keras untuk menegakkan keadilan, ketenteraman dan keselamatan Negara. Jangan lah benci dan dendam kesumat apa yang berlaku lebih 10 tahun lalu diteruskan demi perihal laku seseorang itu hingga sanggup menipu rakyat Malaysia keseluruhan nya.

3.Terserlah benar KPN kita ini seorang yang mulia dan berhati waja disamping senyuman yang benar benar menyayat hati saya. Satu masa dulu semasa KPN ini menjadi KP Johor, saya sempat bersembang panjang semasa lawatan beliau ke Yong Peng.

4. Soalan nya sekarang Suara keadilan itu tidak kah melanggar Akta hasutan atau akta ketenteraman awam? saya tidak pasti....orang yang arif dalam bidang ini sudah semsti nya TAHU.

Datuk Ahmad Ismail - Pemimpin Kecil berjiwa besar

1. Pemimpin Bahagian yang tidak termasuk dalam golongan pemimpin Bahagian yang menjadi Pemimpin Nasional yang bergelar YB atau YAB atau Mantan, berani memperkatakan perihal sejarah dalam kempen pilehan raya.

2. Bagi saya, DAI (Datuk Ahmad Ismail) telah menunjukkan betapa perlunya yang lain lain selain Bangsa Melayu faham dan tidak lupa hal hal sejarah. Yang lain lain itu tidak sepatutnya mempersoalkan apa yang dikatakan oleh DAI. akta hasutan tidak langsung relevan dalam hal ini. cuba fahami akta 152 dan akta 153 perlembagaan Malaysia.

3. Saya juga berpendapat seluruh Bahagian (kecuali pemimpin Nasional ??? !!!!) patut menyokong dan membantu DAI serta perjelaskan kepada Yang lain lain di dalam Bahagian masing masing yang dipanggil BN Bahagian...itu pun kalau ada?

4. saya berbesar hati seluruh bahagian di Pulau Pinang menyokong DAI. Bahagian Bukit Bendera mungkin bahagian yang besar dan padat pengundi pengundi nya dimana pengundi Yang Lain Lain ini lebih besar peratusan jika dibandingkan dengan Bangsa Melayu. Itulah sebab nya saya memanggil DAI ini pemimpin kecil berjiwa Besar. Maaf tidak perlu di Pohon.

5. Sokongan dari NGO juga amat menggalakkan terutama mereka yang faham tentang sejarah dan reality. Sejarahawan yang lain juga patut berdiri ke depan memperakui hakikat ini,

6. kesedihan saya adalah tidak kedapatan pernyataan daripada kumpulan Mahasiswa dari berpuloh puloh pusat pengajian tinggi yang ada di Malaysia ini. satu masa dulu sekitar tahun 70an dan 80an satu persatu pertubuhan Mahasiswa akan mengadakan demontrasi besar2an kalau tidak percaya tanya lah Ibrahim Ali, Anuar Ibrahim, Sanusi Junid,

Sabtu, 6 September 2008

salam perkenalan

kepada semua:

1. pertama kali saya mencuba untuk bersama sama anda dalam memperkatakan atau membicara sesuatu isu mengikut kaca mata sendiri.

2. isu isu semasa kadangkala menyingkap, memerangkap dan merobah minda rakyat Malaysia daripada tidak setuju kepada setuju dan sebaleknya.

3. kita sebagai bijak pandai kadang kadang menjadi orang yang terkeliru.

4. selamat sejahtera dan berjumpa lagi.