Sabtu, 11 Julai 2009

KITA KAT MANE NI......YEAAAA (5/09)

1. Selamat bertemu kembali setelah hampir 4 bulan tidak mencatat apa apa didalam blog ini...ARA tidak akan menjelaskan kenapa dan mengapa menghilang diri...

2. BONUS O BONUS....

2.1 Plus (PEB) sudah pun mengistiharkan bonus kepada kakitangan nya.....wowww best nya dapat bonus.

2.2 Dengar dengar ada yang dapat KPI .....Platinum....wahhh top performers tuu. tetapi yang dapat platinum tuu hanya lah pengurus Besar, Ketua Ketua jabatan, Pengurus Wilayah, Pengurus Section dan Orang orang yang berkaitan rapat dengan boss masing masing....tak tau lah sebab ARA dengar dengar jea.

2.3 Paling bagus yang ARA dengar ada lah jurutol (kata barisan hadapan), Penyelia dan bukan Eksekutif hanya yang mendapat prestasi 3 sudah pun mendapat surat bonus masing masing berjumlah .............0.96 bulan sahaja.....waduhhh Banyakkk nya.

2.4 ARA pula kesian mendengar nya kerana lebih kurang 70% kakitangan PEB adalah terdiri daripada kategori diatas. jika melihat kembali kepada peratus yang dilihat melalui 'Bell Curve' 80% daripada 70% itu mendapat prestasi 3. ARA cuba bayangkan, kakitangan kata lah ada 2500 orang ....mendapat bonus 0.96 bulan..kesihan dia orang semua tu yeahhhh.

2.5 ARA merasa terharu sikit lah sebab sepanjang ingatan ARA sejak Plus di wujudkan lebih dari dari 20 tahun dulu belum pernah mereka yang mendapat prestasi 3 mendapat kurang daripada 1 bulan bonus.. so....'modal insan' yang dilaung laungkan oleh PEB masa Mesyuarat agung Tahunan (AGM) baru baru ini hanya lah atau merupakan satu pernyataan didalam mesyuarat sahaja dan tidak dilaksanakan sapertimana yang sepatut nya.

2.6 bonus (0.96 x RM1000.00= RM960.00), bayangkan RM960.00 dapat kerana prestasi 3. Nak buat apa dengan duit sebanyak itu, nak beli baju raya anak seramai 2 orang pun tidak lepas........kesihannnn, kesihannnn. Manakala GM, AGM, HOD, RM, SM dan orang yang berkaitan mendapat Platinum.....dah tentu lebih daripada 2.5 bulan bonus...dan dengar dengar pulak mereka mereka itu mendapat ExGratia...perhhhhhhhhhh.
so...tukar tukar kereta baru lah dia orang tu yeaa.. tapi kereta company pakai juga kalau Out station....ha ha ha.

2.7 Bagi ARA pula untuk mendapatkan "Platinum" melalui KPI bukan nya mudah sebab "Platinum" itu melampangkan prestasi kerja yang "terbilang" bukan "Cemerlang"....heran heran juga yea...macam mana boleh dapat "Platinum"....sendiri jawap jawap la. ooooooooo mungkin 'stretch target' yang di set kan itu mudah dicapai kotttt. Sendiri mahu ingat lah ...kerja kerja itu semua bukan GM, HOD atau.....RM yang buat....


2.8 Bagi ARA melalui pengalaman yang lalu....tak mau cerita la sebab sasiapa yang pernah bekerja dengan ARA tahu la....sebab ARA tidak pentingkan diri sendiri kerana ARA percaya anak anak buah ARA yang membuat dan menyempurnakan kerja kerja yang ARA beri dan ilhamkan...

2.9 ARA simpati dengan 'barisan hadapan' cuma....ingat lah jangan lah buat perojek perojek masa cuti sekolah, cuti hujung minggu dan cuti Am.. masa ARA jaga RAD dulu 'barisan hadapan' ni..masa tu..ramai yang dah jadi baik.