Sabtu, 11 Julai 2009

KITA KAT MANE NI......YEAAAA (5/09)

1. Selamat bertemu kembali setelah hampir 4 bulan tidak mencatat apa apa didalam blog ini...ARA tidak akan menjelaskan kenapa dan mengapa menghilang diri...

2. BONUS O BONUS....

2.1 Plus (PEB) sudah pun mengistiharkan bonus kepada kakitangan nya.....wowww best nya dapat bonus.

2.2 Dengar dengar ada yang dapat KPI .....Platinum....wahhh top performers tuu. tetapi yang dapat platinum tuu hanya lah pengurus Besar, Ketua Ketua jabatan, Pengurus Wilayah, Pengurus Section dan Orang orang yang berkaitan rapat dengan boss masing masing....tak tau lah sebab ARA dengar dengar jea.

2.3 Paling bagus yang ARA dengar ada lah jurutol (kata barisan hadapan), Penyelia dan bukan Eksekutif hanya yang mendapat prestasi 3 sudah pun mendapat surat bonus masing masing berjumlah .............0.96 bulan sahaja.....waduhhh Banyakkk nya.

2.4 ARA pula kesian mendengar nya kerana lebih kurang 70% kakitangan PEB adalah terdiri daripada kategori diatas. jika melihat kembali kepada peratus yang dilihat melalui 'Bell Curve' 80% daripada 70% itu mendapat prestasi 3. ARA cuba bayangkan, kakitangan kata lah ada 2500 orang ....mendapat bonus 0.96 bulan..kesihan dia orang semua tu yeahhhh.

2.5 ARA merasa terharu sikit lah sebab sepanjang ingatan ARA sejak Plus di wujudkan lebih dari dari 20 tahun dulu belum pernah mereka yang mendapat prestasi 3 mendapat kurang daripada 1 bulan bonus.. so....'modal insan' yang dilaung laungkan oleh PEB masa Mesyuarat agung Tahunan (AGM) baru baru ini hanya lah atau merupakan satu pernyataan didalam mesyuarat sahaja dan tidak dilaksanakan sapertimana yang sepatut nya.

2.6 bonus (0.96 x RM1000.00= RM960.00), bayangkan RM960.00 dapat kerana prestasi 3. Nak buat apa dengan duit sebanyak itu, nak beli baju raya anak seramai 2 orang pun tidak lepas........kesihannnn, kesihannnn. Manakala GM, AGM, HOD, RM, SM dan orang yang berkaitan mendapat Platinum.....dah tentu lebih daripada 2.5 bulan bonus...dan dengar dengar pulak mereka mereka itu mendapat ExGratia...perhhhhhhhhhh.
so...tukar tukar kereta baru lah dia orang tu yeaa.. tapi kereta company pakai juga kalau Out station....ha ha ha.

2.7 Bagi ARA pula untuk mendapatkan "Platinum" melalui KPI bukan nya mudah sebab "Platinum" itu melampangkan prestasi kerja yang "terbilang" bukan "Cemerlang"....heran heran juga yea...macam mana boleh dapat "Platinum"....sendiri jawap jawap la. ooooooooo mungkin 'stretch target' yang di set kan itu mudah dicapai kotttt. Sendiri mahu ingat lah ...kerja kerja itu semua bukan GM, HOD atau.....RM yang buat....


2.8 Bagi ARA melalui pengalaman yang lalu....tak mau cerita la sebab sasiapa yang pernah bekerja dengan ARA tahu la....sebab ARA tidak pentingkan diri sendiri kerana ARA percaya anak anak buah ARA yang membuat dan menyempurnakan kerja kerja yang ARA beri dan ilhamkan...

2.9 ARA simpati dengan 'barisan hadapan' cuma....ingat lah jangan lah buat perojek perojek masa cuti sekolah, cuti hujung minggu dan cuti Am.. masa ARA jaga RAD dulu 'barisan hadapan' ni..masa tu..ramai yang dah jadi baik.

Isnin, 30 Mac 2009

BANGSA MELAYU (3)

PERSIDANGAN UMNO

1. Semalam selesai lah persidangan UMNO 2008 dimana muncul kepimpinan baru di peringkat Puteri, Pemuda, Wanita serta di ungguli oleh Presiden UMNO yang baru.....nama nama mereka kita semua dah tahu........Sekalong Tahniah kepada mereka semua.

2. Puteri memegang amanah dan tanggung jawab yang besar dalam menangani pengundi pengundi muda yang kelihatan bukan menentang kerajaan tetapi mereka diantara 4 juta pengundi muda dimana 55% - 60% ada lah wanita yang tidak pasti dan sentiasa menunggu siapa mendekati mereka.....Puteri UMNO ke....PAS ke....atau Keadilan. Ini memang pasti sebab mereka mereka ini sentiasa berfikiran terbuka....Gen Y kita kata kan mereka ini. Puteri juga harus ingat mereka mereka memang Smart. So it is your duty to make them confident on you.

3. Pemuda pula KJ perlu merapatkan pepecahan yang 2 itu dengan secepat mungkin di dalam Pemuda sendiri.

4. kemenangan KJ dipertikaikan.......biasa lah sebab semua orang tahu KJ banyak duit justeru itu perhebatkan lagi menangani pengundi pengundi muda.....terutama young executive di GLC yang dianggarkan 70% menentang.....atau tidak mengundi BN.

5. KJ perlu hindarkan diri dari menjadi Menteri jika benar benar ingin memenangi hati pengundi muda sebab KJ juga mempunyai jentera yang kuat...cara gerak kerja yang dikira smooth and well organised. KJ sudah ada team pemuda yang solid dan hanya perlu di gilap sahaja.....

6. Wanita.....Shahrizat walaupun menang tapi tidak profesional kerana merubah fikiran disaat akhir......teringat peristiwa Anuar Ibrahim menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba melalui peroses pencalunan....Allahyarham Tun GB tarik diri....Tan Sri Rafidah (Iron Lady) kalah dimedan pertarungan dengan 70% cedera sebelum bertarung.

7. Shahrizat tidak boleh marah dan kecewa kerana seorang sahaja menang MT.

8. Tentang Wanita...ARA tidak mahu komen sebab memang wanita di peringkat Cawangan dan Bahagian memang kuat dan rajin bekerja.

9. Presiden UMNO dan MT.......sama sama kita lihat...perhati....amati...lihat apa yang tersirat....tenguk apa tindakan....sebab Tok Najib kata.....lihat apa tindakan saya.

10. Timbalan dan seterus nya MT.......juga kita sama sama lihat tindakan mereka....no komen sebab kawan kawan ARA juga ada dalam MT yang baru tuuu..


Komen ARA......perubahan kepimpinan macam biasa sebab yang mengundurkan diri untuk bersara....ada yang mengundurkan diri sebab nak bertanding kepimpinan yang lebih kanan....ada yang bertanding sebab lama sangat jadi orang no.2....ada yang bertanding sebab umur dah usia...
kemenangan MT yang lebih 50% muka baru juga kena tunggu dan lihat........Cerita Nasib BANGSA MELAYU belum dapat dilihat lagi....tunggggguuuuuuuu !!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 24 Mac 2009

BANGSA MELAYU (2)

2. Beberapa peruntukan perundangan tentang kedaulatan Melayu.

Landasan utama tuntutan bangsa Melayu ke atas hak dan kedaulatan mereka di Malaysia terletak pada peruntukan undang undang Perlembagaan, Undang undang tubuh negeri negeri dan juga undang undang lain yang menjadi teras kepada kewujudan Negara Malaysia dan sekali gus menjadikan Melayu/Bumiputera sebagai bangsa utama di negara ini. Bangsa Melayu itu lah yang menjadi teras kewujudan Negara Malaysia.

Ada orang yang sering mempersoalkan peruntukan istimewa ini dan menuntut persamaan hak. Hak istimewa yang di peruntukan kepada Melayu/Bumiputera ada lah 'hak asasi' bagi bangsa dan manusia Melayu/Bumiputera yang tidak boleh di tukar ganti. Inilah hak yang menjadi ' the Inelineable right ' mereka yang tidak sama dengan hak ' the legitimate right' orang lain. Hak ' the Inelineable right' ada lah asli dan semula jadi (natural) tetapi 'the legitimate right' ada lah mendatang, terbitan atau 'derivative' yakni terbit dari persetujuan masyarakat melayu/bumiputera. Meski pun orang selalu menyebutkan hak istimewa itu untuk mengupayakan Melayu/Bumiputera supaya mencapai kedudukan yang setimpal dan berwibawa di Negara mereka sebagai pewaris yang sah dan berhak namun selama lama nya hak itu tetap ada dan sahih walaupun mereka miskin, papa dan merempat.

Banyak kemajuan telah tercapai dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan agama dalam rangka 51 tahun terakhir ini namun Melayu masih lagi ketinggalan dalam banyak bidang dan kedudukan. Maka amat wajar keistimewaan itu bukan sahaja di tegaskan bahkan di terjemahkan lagi sebagai dasar dasar pembangunan negara untuk selamanya bagi mempastikan mereka kekal dan dapat menikmati kemajuan negara mereka dalam semua bidang dan muncul sebagai penguasa yang sah serta berwibawa di negara mereka dalam dunia global.

Rabu, 4 Mac 2009

KITA KAT MANE NI YEAAA..

1. BERITA LAWAK DAN LAGAK ORANG GILA KUASA

1. ARA ari ni p jalan jalan cari makan pas anta satu proposal kat mane yea....x leh cakap la...jumpa geng kat satu tempat, tengah ngetih walaupun masa lunch tu...tiba tiba tv3 tunjuk 1 berita lawak...DUN Perak wat persidangan tergempar walau pun x betul. malam kul 12 tgk lagi berita kat tv3 n astro awani....DUN Perak bersidang bawah pokok dan lulus 3 perkara....apa dia tu baca lah surat khabo..

kita kat mane ni yeaaa.....komen ARA....dia orang tu sebenar nya tahu undang2 tubuh kerajaan Negeri Perak dan Speaker pun tahu.....cuma dia orang tu suka buat lawak maklum lah kuasa dah x ade so buat lah ikut kehendak undang2 kononnya...baca undang2 sekerat sekerat akhir nya jadi orang gila....gila kuasa macam tu lah sama lah macam gila talak...he he he. mereka akan membuat sesuatu untuk berkuasa semula.....itu la masa berkuasa x nak jalan kan kerja n bila hilang kuasa baru nak wat kerja.....gila gila gila.

2. TOL X JADI NAIK......HUUUUUU BEST NYA.

ARA terkejut beruk bila Menteri umum Tol naik kat PLUS, Guthrie, NPE n Besraya pada 1.3.2009....ARA yang dah x ade kerja n dah pencen ni...mula wat perkiraan....alamakkk nak p main golf lalu guthrie....tambah 1 hengget utk 2 plaza..p balek dah jadi 2 hengget.... nak jumpa member n geng lalu NPE....naik 40sen 2 plaza dah jadi 80 sen...p balek dah jadi 1.60 ....kacauuu mana cukup bajettt ni....tol plus naik 10% per km, wahhhhhh macam ni x payah main golf kat kelab la..n x payah jumpa member n geng la...p kl x payah itut jalan Plus....itut jalan lame jea. Itu lah rungutan n perkiraan orang awam dimana ARA amek contoh sendiri...

tup tup tup....pak Lah yg nak berenti jadi PM hujung bulan ni...bagi arahan...kaji semula kenaikan tol....yahoooooooo tol x naik, jadi ari ni dah ari ketiga tol cam biasa...ok la...terima kasih PAK LAH. Pak Lah sepatut nya wat macam tu kepada hal hal lain kan bagus....dulu lagi kena wat cam tu, tegas n x lembik...cakap x melalut lalut. Ni bagi muka sangat...x jadi lah macam hindraf tu, x ramai yg berani demo...sampai YB YB pun demo...pakatan YB memang dah faham sbb dulu dia orang tu kaki demo...ikut Anuar Ibrahim yg suka demo sejak zaman pelajar lagi...ARA pun dulu kaki demo sama sama ngan Anuar Ibrahim n Ibrahim Ali masa tahun 70an dulu. La ni sikit sikit demo...sikit demo....gila la gila la semua nya.

kita kat mane ni yeaaa......ARA berpendapat pasal tol naik ni.....boleh naik sebab ikut perjanjian..itu perjanjian antara konsesi dgn kerajaan...cuma, boleh dirundingkan semula mengikut keadaan ekonomi dan keadaan semasa, kajian semula perlu di buat oleh kerajaan dgn konsesi....contohnya PLUS naik 2% atau 5%, tidak 10% saperti dalam konsesi. Guthrie, Kesas, NPE n Besraya naik 10 sen atau 20 sen sebab pengguna tetap lalu.....pengguna lebuhraya tetap setia menggunakan lebuhraya n mereka akan memileh lebuhraya mana yang dapat mempercepatkan mereka sampai ke destinasi yang di tuju disamping tol yg memadai.. minyak pun dah turun kannnn. semua supermarket pun dah turunkan harga. baju golf yg ARA beli tadi pun turun harga. interest rate utk loan pun dah turun. share pun dah turun sampai ARA x boleh nak jual..rugi. Trust fund unit rate pun dah turun...ARA rugi lagiiii. jadi lah tol x naik...kalu tidak ARA lagi rugi sebab sekarang ARA guna semua lebuhraya tol nya cecah RM400.00 sebulan...dah tu pakai Smartag lg....upfront gila gila.....so jangan sampai ARA pun jadi gila gila gila.


Okay la...ARA nak tido ni so x nak lah edit edit sampai cantek dgn warna warni..bye

Ahad, 22 Februari 2009

KITA KAT MANE NI YEAAA....(3/09)

2 Bukit......mungkin x lama lagi jadi 3 Bukit.

1. Bukit Gantang akan menjadi medan pilihanraya sbb kembali nya ke rahmatullah YB. Orang2 politik semua parti dah sebuk dan bertambah sebukkk terutama orang2 Perak. Belum sempat MB baru YAB Datuk Dr Zambry buat kerja macam macam hal berlaku. dalam semua paper cite politik Perak x habissss....

ARA ditanya pendapat pasal Perak....ARA jawab biorr la dema bertengko...mane ade orang yang senang kalo kuasa dah di lucutkan....buat angkara angkara la dan ARA dah biasa tengok hal itu masa kat London dulu...kita menang pemilehan AJK KMUK (kelab Melayu UK) kalah kan geng penyokong PAS /IRC ...dia orang x mahu lepas jawatan dan gunakan perlembagaan dan macam macam lagi...untuk memegang kuasa.. Kita kat mane ni yeaa.....PERAK la ...bior la luncai terjun dgn labu labu nya.

2. Teringat masa kat Kuala Kangsar dulu jadi SM N5......Bukit Gantang jadi buruan ARA sbb orang2 bukit Gantang jual durian tepi lebuhraya ......kejo yop kejo.

3. Teriingat lagi lawak kesah Bukit Gantang...ia lah Bukit Berapit jalan lame yang sempit dari Kuala ke Bukit Gantang mesti lalu Bukit Berapit....orang sana kata lah....kat bukit berapit jalan nya sempit yop..susah nak lepas....Yang Lepas Lori Balak jea dan Lori Telorrr sangkut yop.... he he he hi hi hi.

4, Bukit Selambau...kat Kedah lain lak cite....YB tu x tahan dengan tekanan semua arah dan rasa lonely pulak tu.....nape pulak masuk PKR bila menang atas tiket bebas pas tu x tau kat kerja kottt. atau dah kena tipuuu.

5. bukit Selambau...mengingat kan ARA kat aruah Ajoiiii ( TSD ) dulu...dia budak bukit Selambau ....dan teringat lagi kat Driver ...lupa namenya masa ARA kerja JKR lebuhraya timur barat dulu...ARA pernah pergi kat bukit Selambau tu....Driver yang selalu bawak ARA masuk hutan buat lebuhraya...dan selalu bawak ARA ke penang dan Ipoh ...masa hari Sabtu n Ahad...enjoyyy la ....ha ha ha ha

6. Satu lagi Bukit....Bukit??? Bukit Lanjan....cite n aksi hebat....ARA x payah komen la...baca semua paper lahhhh. YB tu keluar negeri....konon nak tenangkan fikiran....wooww dah nampak dahhhh.

semua semua semua tuu....kita kat mane nii yeaaa...kat Malaysia pasca PRU 12....x habis habis dah dekat setahun PRU 12.....politik politik politik.

Jumaat, 20 Februari 2009

BANGSA MELAYU (1)

KEDAULATAN KEBUDAYAAN, PENDIDIKAN, BAHASA DAN AGAMA BANGSA MELAYU

1. Kedaulatan dan kekuasaan sebagai imperative kewujudan bangsa dan Negara serta kebudayaannya.

Naluri semua manusia dan haiwan secara fitrah menuntut suatu kawasan kediaman dan penempatan di muka bumi sebagai 'wilayah' (territory) miliknya. Ini lah naluri 'territorial imperative' yang di terjemah dalam konsep budaya manusia sebagai 'dimana bumi di pijak, disitu langit di junjung'. lalu, kawasan itu berkembang menjadi Negara untuk di huni oleh semua anggota bangsa nya dan di tuntut hak miliknya sebagai 'ibu pertiwi', 'motherland' atau 'paterland' (fatherland). Dari 'pater' (bapa) dan 'fatherland' muncul semangat mempertahankan wilayah atau tanah itu sebagai semangat 'patriotism' justeru Tanah Melayu dan Malaysia atau Melayu Raya adalah milik azali bangsa Melayu (bumiputera) yang asal menghuni wilayah ini. Inilah ' Ibu Pertiwi' dan 'tanah air' mereka. seluruh kawasan ini berkembang menjadi 'wilayah kebudayaan Melayu' selaras dengan kawasan lain di dunia sebagai wilayah budaya China, wilayah budaya India atau sebagainya. Di muka bumi ini lah satu satu nya kawasan yang bernama 'Tanah Melayu' atau Malaysia yang membawa bersama nya identiti, keperibadian serta jati diri Melayu. Gagasan sama berlaku di 'Thailand', 'China', 'India', Arabia', 'Rusia' atau 'Germany (German land) dan'England' (English land).

Dikawasan semenanjung inilah, termasuk Sumatera (sebelum menjadi Hindia Timur (1824) atau Indonesia (1945), terbina, mengikut bukti sejarah, sejak abad 7, sebuah peradaban bernama Melayu dengan cirinya, variasi, sejarah, perubahan dan kelansungan hingga kini. Maka berlandaskan wujud dan sejarah kelansungan itu lah maka peradaban Melayu mendapat kedudukan yang sah dan hakiki sebagai unsur asli dan pribumi bagi rantau ini. Atas alasan kesejarahan itu maka hak Melayu yang telah membentuk 'negara' (state) di wilayah ini mengatasi kelompok kelompok asli yang lain, dengan kuasa mutlak pemerintahan (government) berbentuk 'kerajaan' (kingdom) telah di iktiraf oleh semua kuasa asing di seluruh dunia termasuk penjajahan Inggeris yang datang kemudian. Kedudukan yang berdaulat (sovereign) di mata semua bangsa dunia yang bertemu dan berhubung dengan kerajaan Melayu itu menjadi sebab utama hak itu termaktub dalam undang undang Perlembagaan Negara Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia berteraskan Melayu. Perlembagaan yang tergubal hasil dari perundingan, permuafakatan dan persetujuan para penduduk dan Raja Raja Melayu dengan kuasa tadbiran British ketika akan memulangkan kuasa pemerintahan negara ini kepada penguasa nya yang sah, yakni Raja Raja Melayu, saperti yang ada sekarang, menjadi pegangan dan alasan sahih tuntutan bangsa Melayu dan bumiputera lain berkenaan hak hak mereka yang utama dan istimewa di negara ini. Berasaskan 'hak istimewa' itu maka wujud dimensi istimewa kebudayaan pada Perlembagaan dalam bentuk keistimewaan kebudayaan Melayu dengan segala natijah atau 'consequence' nya didalam Perlembagaan itu. Natijah atau implikasi kebudayaan ini lah yang mahu di bincangkan didalam kerttas ini....

kertas kerja ini di buat oleh Prof Dr. Zainal Kling.

Komen ARA : Satu kertas kerja yang terbaik buat masa ini...kerana rata rata orang Melayu ini masih tidak faham....tidak peka....tidak ambil tahu....walau pun akhir nya tanah ini bukan milik kita. ARA berkongsi dengan pembaca kerana ramai yang tidak dapat menghadiri forum ini dan ARA bernasib baik kerana dapat datang ke forum tersebut. di keluaran akan datang sedikit demi sedikit ARA akan salin semula kertas kerja tersebut....sebab ARA tidak mahu pembaca terkeliru dan malas meneruskan pembacaan ....lagi pun kertas kerja ini memang 'berat'....so tunggu lah siri siri yang berikut nya. Kertas kerja ini juga dapat memperjelaskan kedudukan kita..orang Melayu...yang sudahhhhhhh jauh ketinggalan dalam semua bidang.

Sabtu, 14 Februari 2009

SAYONARA.....PLUS/PEB/ELITE/LINKEDUA (5)

SECTION C5 (KUALA LUMPUR - SEREMBAN)

1989 ?? 1990 ?? ( satu bulan jea)

1. Suatu petang di ofis Slim River, ARA mendapat panggilan tepon dr HQ mengarahkan ARA ke Kuala Lumpur esok pagi......URGENT MATTERS ....MUST COME !!!!!! So esok pagi pagi cabut la ARA ke KL melalui jalan lama Tg Malim Kuala Lumpur....tauuu jea la bawak keta cam semut atau siput babi..

2. Sampai KL ....kena ngadap MD...AAM (seorang yang x makan ayam)...dalam hati kata ' apa lah salah aku niii' sebab sebelum ni ade kes kat section S2 ...SM(ART), MMTE(???), TSTE(???) kena transfer 24 jam.. masuk bilek kat tkt 9 (kalu x silap la) bangunan ape yea....lupa la kat jln Sultan Ismail tuu. x dan duduk ....mann ....I transfer u ke C5 starting from tomorrow... u alone without your family ..okay !!!! makk tuannn macam orang bodoh n dungu ARA di buat nya....tapi sebab kan ARA dah biasa n degil pulakkk tu....cik Amir... what uppps.n what went wrong to AZDA ....okay....(kata AAM)...tengokkk ni...ape niiii.....SM wat ape?? lebih kurang 10 keping gambar ARA tengok belek tengok belek satu persatu.....ARA bagi tau satu jeaaaa....gambar ulat ulat (maggot) kat R&R Nilai....utara n selatan. u must find out what's root cause n resovle it...by the way....Mann keep to yourself...don't let AZDA tauu hal ni.

3. ARA tauu cakap ok....yes...no problem jea...AAM cakap ...tunggu jap....u tengok ni......20 ke 30 keping photo lagi di tunjukkan ....ini....ART kat S2 punya hal....makkk oiiii tapi sebab ART my best friend ...ARA cuba la defend dia....ok la dia wat cam ni...nnt user masuk ...kann ade masaalah lain pulak.....AAM cakap....ini maksud nya...root n x sopan name nya ....nape x letak notiss baik baik....kenape di palang pintu tu....dia pun lecture la....so ARA banyak belajar dari tuu...BTW sian kawan baik ARA tu...ART ....ex plus lepas kat 2 thn. tapi ADZA lain pulakkk ...melentingggg n mengamukkkkk kena tukar ke C2...alasan nya dia x layak la duduk kat Slim River tuu.....ADZA tuu sebenarnya nasib baik tukar ke section kalu HQ.....sejukkkkkkk....bodoh x boleh di ajar pandai x boleh di ikut...tu la AZDA.

4. So ARA pun masuk la opis esok nya lepas bincang ngan madam...jaga lah anak2 n jadi la weekend husband...kat opis di plaza tol Kajang....sbb section office lum wat lagi...MMTE (????), TSTE ( Major...gila ex plus dah ) n TSTA ( ex army...2nd leftenan..pun ex plus dah)....OE (t???? pun lupa dah name nya...masuk hrd jadi HR IR pulak..ex plus juga..NA kat hrd u ingat la boss dia dulu).....secretary....ooooo Nazirahh..(la dia kat BD). masa tu baru jea keja n masih takut takut ngan ARA sbb muka ARA ni ..serius...macam nak makan oranggg...kata diorang la. 2 hari keja jea ...nah 3 baris work order setinggi sekaki ...ARA kena sain kata SM Propel (Khalil Dan)....wowwww...this is 1st problem I got to resovle it...KD (kalil Dan la) kena panggil...u take this out...and now we go to site n show me... kat luar tu Nazirah dah kecutttt ....

5. TSTE...ARA panggil Major gila sbb dia bagi instruction jea tau....paper works..hancusssss. TSTA dia tu...jadi budak suruhan la....x lama pas tu ....dia resigned pas gaduhhh ngan Major Gila tu..

6. ARA kat C5 rupanya x lama...banyak perkara yang AAM cakap tu dah resolve...masa tu dalam bulan puasa lak..

7. RCC kat bangi...pun kena tengok jugak..AMAM masa tu RCC operator kalu x silap la..ARA bawak walkie talkie kemana jea ARA pergi....malam nya tido rumah adek kat Sentul..tidor pun walkie talkie ade kat sebelahh....laaaaaa

8. kat SBI plaza ...supervisor masa tu CACW(la AMgr kat tol kot), MS...(la AMgr kat RAD )..yang lain lain rosmah, roslina, suhaimi..roslan..gilbert (s/u union yang sampai sekarang x reti reti wat kerja sebagai supervisor), kadhijah...Asmah....dan ramai ramai lagi penyelia dari SBI, UPM, KJG, BGI, NLI...dan ramai juga juru tol juru tol yang ARA dapat kenal...dalam tempuh sebulan jea...ARA dpt mengenali mereka...bayang bayang kan la macam mana ARA kerja he he he he..okay la....ape yang ARA wat ia lah masa bagi surat kenaikan gaji tu la..ARA sampaikan surat surat personally....okayyyyy. sampai la ni..ARA rasa diorang tu ingat ARA.

9. plusronda pun sama ARA wat....nama nama macam Kamal Black(sr TSTE)...la kat Utara, saripudin(TSTE)...la kat Utara...sidek khan (TSTE kot)...utara jugak...hafiz (sr TSTE) ..la Tengah ...AMAM(sr TSTE)..C4...Pro..golf kita tu...yang tinggal lupak pulakk nama nya..

10. satu peristiwa yg ARA x leh lupa sampai la ni.....Z??? (masa tu RE TS kat Region)..la....R...menangis kena marahhhh ngan ARA....report kat RM NANY.....so ARA pun kena panggil la...NANY kata domey...mu wat gapo kat Z....

11. tu la nostalgia n legasi yang masih ARA ingat semasa tempuh yang paling singkat jadi SM kat C5.....dan x jadi masaalah langsung bila kena tukar.....x tau la sekarang ni....SM SM zaman 200.....an ni...manja manja belaka....remote control dimana mana jea. he he he he

okay.....C U all kat N5....