Isnin, 30 Mac 2009

BANGSA MELAYU (3)

PERSIDANGAN UMNO

1. Semalam selesai lah persidangan UMNO 2008 dimana muncul kepimpinan baru di peringkat Puteri, Pemuda, Wanita serta di ungguli oleh Presiden UMNO yang baru.....nama nama mereka kita semua dah tahu........Sekalong Tahniah kepada mereka semua.

2. Puteri memegang amanah dan tanggung jawab yang besar dalam menangani pengundi pengundi muda yang kelihatan bukan menentang kerajaan tetapi mereka diantara 4 juta pengundi muda dimana 55% - 60% ada lah wanita yang tidak pasti dan sentiasa menunggu siapa mendekati mereka.....Puteri UMNO ke....PAS ke....atau Keadilan. Ini memang pasti sebab mereka mereka ini sentiasa berfikiran terbuka....Gen Y kita kata kan mereka ini. Puteri juga harus ingat mereka mereka memang Smart. So it is your duty to make them confident on you.

3. Pemuda pula KJ perlu merapatkan pepecahan yang 2 itu dengan secepat mungkin di dalam Pemuda sendiri.

4. kemenangan KJ dipertikaikan.......biasa lah sebab semua orang tahu KJ banyak duit justeru itu perhebatkan lagi menangani pengundi pengundi muda.....terutama young executive di GLC yang dianggarkan 70% menentang.....atau tidak mengundi BN.

5. KJ perlu hindarkan diri dari menjadi Menteri jika benar benar ingin memenangi hati pengundi muda sebab KJ juga mempunyai jentera yang kuat...cara gerak kerja yang dikira smooth and well organised. KJ sudah ada team pemuda yang solid dan hanya perlu di gilap sahaja.....

6. Wanita.....Shahrizat walaupun menang tapi tidak profesional kerana merubah fikiran disaat akhir......teringat peristiwa Anuar Ibrahim menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba melalui peroses pencalunan....Allahyarham Tun GB tarik diri....Tan Sri Rafidah (Iron Lady) kalah dimedan pertarungan dengan 70% cedera sebelum bertarung.

7. Shahrizat tidak boleh marah dan kecewa kerana seorang sahaja menang MT.

8. Tentang Wanita...ARA tidak mahu komen sebab memang wanita di peringkat Cawangan dan Bahagian memang kuat dan rajin bekerja.

9. Presiden UMNO dan MT.......sama sama kita lihat...perhati....amati...lihat apa yang tersirat....tenguk apa tindakan....sebab Tok Najib kata.....lihat apa tindakan saya.

10. Timbalan dan seterus nya MT.......juga kita sama sama lihat tindakan mereka....no komen sebab kawan kawan ARA juga ada dalam MT yang baru tuuu..


Komen ARA......perubahan kepimpinan macam biasa sebab yang mengundurkan diri untuk bersara....ada yang mengundurkan diri sebab nak bertanding kepimpinan yang lebih kanan....ada yang bertanding sebab lama sangat jadi orang no.2....ada yang bertanding sebab umur dah usia...
kemenangan MT yang lebih 50% muka baru juga kena tunggu dan lihat........Cerita Nasib BANGSA MELAYU belum dapat dilihat lagi....tunggggguuuuuuuu !!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 24 Mac 2009

BANGSA MELAYU (2)

2. Beberapa peruntukan perundangan tentang kedaulatan Melayu.

Landasan utama tuntutan bangsa Melayu ke atas hak dan kedaulatan mereka di Malaysia terletak pada peruntukan undang undang Perlembagaan, Undang undang tubuh negeri negeri dan juga undang undang lain yang menjadi teras kepada kewujudan Negara Malaysia dan sekali gus menjadikan Melayu/Bumiputera sebagai bangsa utama di negara ini. Bangsa Melayu itu lah yang menjadi teras kewujudan Negara Malaysia.

Ada orang yang sering mempersoalkan peruntukan istimewa ini dan menuntut persamaan hak. Hak istimewa yang di peruntukan kepada Melayu/Bumiputera ada lah 'hak asasi' bagi bangsa dan manusia Melayu/Bumiputera yang tidak boleh di tukar ganti. Inilah hak yang menjadi ' the Inelineable right ' mereka yang tidak sama dengan hak ' the legitimate right' orang lain. Hak ' the Inelineable right' ada lah asli dan semula jadi (natural) tetapi 'the legitimate right' ada lah mendatang, terbitan atau 'derivative' yakni terbit dari persetujuan masyarakat melayu/bumiputera. Meski pun orang selalu menyebutkan hak istimewa itu untuk mengupayakan Melayu/Bumiputera supaya mencapai kedudukan yang setimpal dan berwibawa di Negara mereka sebagai pewaris yang sah dan berhak namun selama lama nya hak itu tetap ada dan sahih walaupun mereka miskin, papa dan merempat.

Banyak kemajuan telah tercapai dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan agama dalam rangka 51 tahun terakhir ini namun Melayu masih lagi ketinggalan dalam banyak bidang dan kedudukan. Maka amat wajar keistimewaan itu bukan sahaja di tegaskan bahkan di terjemahkan lagi sebagai dasar dasar pembangunan negara untuk selamanya bagi mempastikan mereka kekal dan dapat menikmati kemajuan negara mereka dalam semua bidang dan muncul sebagai penguasa yang sah serta berwibawa di negara mereka dalam dunia global.

Rabu, 4 Mac 2009

KITA KAT MANE NI YEAAA..

1. BERITA LAWAK DAN LAGAK ORANG GILA KUASA

1. ARA ari ni p jalan jalan cari makan pas anta satu proposal kat mane yea....x leh cakap la...jumpa geng kat satu tempat, tengah ngetih walaupun masa lunch tu...tiba tiba tv3 tunjuk 1 berita lawak...DUN Perak wat persidangan tergempar walau pun x betul. malam kul 12 tgk lagi berita kat tv3 n astro awani....DUN Perak bersidang bawah pokok dan lulus 3 perkara....apa dia tu baca lah surat khabo..

kita kat mane ni yeaaa.....komen ARA....dia orang tu sebenar nya tahu undang2 tubuh kerajaan Negeri Perak dan Speaker pun tahu.....cuma dia orang tu suka buat lawak maklum lah kuasa dah x ade so buat lah ikut kehendak undang2 kononnya...baca undang2 sekerat sekerat akhir nya jadi orang gila....gila kuasa macam tu lah sama lah macam gila talak...he he he. mereka akan membuat sesuatu untuk berkuasa semula.....itu la masa berkuasa x nak jalan kan kerja n bila hilang kuasa baru nak wat kerja.....gila gila gila.

2. TOL X JADI NAIK......HUUUUUU BEST NYA.

ARA terkejut beruk bila Menteri umum Tol naik kat PLUS, Guthrie, NPE n Besraya pada 1.3.2009....ARA yang dah x ade kerja n dah pencen ni...mula wat perkiraan....alamakkk nak p main golf lalu guthrie....tambah 1 hengget utk 2 plaza..p balek dah jadi 2 hengget.... nak jumpa member n geng lalu NPE....naik 40sen 2 plaza dah jadi 80 sen...p balek dah jadi 1.60 ....kacauuu mana cukup bajettt ni....tol plus naik 10% per km, wahhhhhh macam ni x payah main golf kat kelab la..n x payah jumpa member n geng la...p kl x payah itut jalan Plus....itut jalan lame jea. Itu lah rungutan n perkiraan orang awam dimana ARA amek contoh sendiri...

tup tup tup....pak Lah yg nak berenti jadi PM hujung bulan ni...bagi arahan...kaji semula kenaikan tol....yahoooooooo tol x naik, jadi ari ni dah ari ketiga tol cam biasa...ok la...terima kasih PAK LAH. Pak Lah sepatut nya wat macam tu kepada hal hal lain kan bagus....dulu lagi kena wat cam tu, tegas n x lembik...cakap x melalut lalut. Ni bagi muka sangat...x jadi lah macam hindraf tu, x ramai yg berani demo...sampai YB YB pun demo...pakatan YB memang dah faham sbb dulu dia orang tu kaki demo...ikut Anuar Ibrahim yg suka demo sejak zaman pelajar lagi...ARA pun dulu kaki demo sama sama ngan Anuar Ibrahim n Ibrahim Ali masa tahun 70an dulu. La ni sikit sikit demo...sikit demo....gila la gila la semua nya.

kita kat mane ni yeaaa......ARA berpendapat pasal tol naik ni.....boleh naik sebab ikut perjanjian..itu perjanjian antara konsesi dgn kerajaan...cuma, boleh dirundingkan semula mengikut keadaan ekonomi dan keadaan semasa, kajian semula perlu di buat oleh kerajaan dgn konsesi....contohnya PLUS naik 2% atau 5%, tidak 10% saperti dalam konsesi. Guthrie, Kesas, NPE n Besraya naik 10 sen atau 20 sen sebab pengguna tetap lalu.....pengguna lebuhraya tetap setia menggunakan lebuhraya n mereka akan memileh lebuhraya mana yang dapat mempercepatkan mereka sampai ke destinasi yang di tuju disamping tol yg memadai.. minyak pun dah turun kannnn. semua supermarket pun dah turunkan harga. baju golf yg ARA beli tadi pun turun harga. interest rate utk loan pun dah turun. share pun dah turun sampai ARA x boleh nak jual..rugi. Trust fund unit rate pun dah turun...ARA rugi lagiiii. jadi lah tol x naik...kalu tidak ARA lagi rugi sebab sekarang ARA guna semua lebuhraya tol nya cecah RM400.00 sebulan...dah tu pakai Smartag lg....upfront gila gila.....so jangan sampai ARA pun jadi gila gila gila.


Okay la...ARA nak tido ni so x nak lah edit edit sampai cantek dgn warna warni..bye