Isnin, 20 Oktober 2008

Linkedua - Makan Malam Yang Terakhir

Tarikh: 17hb Oktober 2008.

Walaupun telah bersara hampir dua bulan saya bersara wajib sebagai Pengurus Besar, pada 17hb Oktober 2008 saya telah dijemput menghadiri majlis makan malam persaraan saya di Hotel Bluewave Johor Baharu. Acara bermula pada jam 8.00 malam dan saya hanya muncul pada jam 8.15 mlm, di kepala saya bermacam macam persoalan yang perlu dijawab antara nya ada kah majlis ini dapat sambutan, ramai ke yang hadir, kalau ramai berapa orang yang kerja kat lorong dan macam macam lagi. Apa yang nak dicakapkan kerana saya tidak pernah membuat ucapan tek, dia orang ni suka ke atau tidak aku bercakap tanpa tek...dan macam macam lagi, budak budak yang aku gantung kerja tu datang ke, penyelia yang kena marah dulu datang ke....

Apabila lif hotel itu terbuka ditingkat 20, rupa rupa nya AJK sambutan dan eksekutif sudah siap menunggu dengan wajah yang ceria dan rasa nya lebih ceria dari event yang terdahulu ' hari Keluarga' di 'Tanjung Puteri Golf Resort". Masing masing berebut menghulurkan tangan untuk bersalaman. Didalam hati berkata juga happy nampak nya dia orang ni kerana aku dah retired.

Saya di iringi ke dalam dewan makan dan bersalaman dengan semua orang yang terdiri daripada Jurutol, Penyelia Plaza, pejabat seksyen dan executives. Hati dan perasaan saya mula terharu dan sedih melihat wajah wajah mereka yang saya rasai bahawa mereka mereka ini perlu pimpinan yang lebih panjang masa nya kerana 8 bulan menjadi 'boss' mereka, satu tugasan yang amat singkat.

Berikut adalah intipati ucapan saya yang panjang dan agak lama juga walau pun saya tidak mempunyai tek ucapan, mereka mendengar dengan penuh perhatian walaupun diselangi dengan lawak (itu pun kalau lawak).

1. saya menjadi 'boss' mereka hampir 8 bulan dan tugasan yang singkat itu tidak mungkin dapat menyelesaikan masaalah yang ada.
2. saya mula mengenali ramai pekerja linkedua walaupun tempoh tugasan yang singkat.
3. saya mula memahami mereka walaupun tempuh tugasan yang singkat.
4. saya mula suka dan menyayangi mereka walaupun tempuh tugasan yang singkat.
5. saya meminta dan menasihati mereka tinggalkan kerja kerja yang ' nakal' terutama Jurutol Jurutol di Plaza Perling, plaza Lima Kedai dan Plaza Tanjung Kupang...
6. saya menasihati mereka jangan ambil peduli ' politik dalaman' kerana jika difikirkan sangat prestasi tidak dapat di pertingkatkan.
7. saya mengingatkan mereka hubungan antara Penyelia dengan Jurutol perlu di pertingkatkan tegur menegur untuk satu satu kesilapan itu perlu diadakan.
8. pada ketika ini saya adalah seorang pesara, pengganggur (jobless..Unemployed). Sentiasa tenang menghadapi hari hari mendatang.
9. saya mengingati mereka supaya meningkatkan tahap akademi masing masing kerana pada masa ini tahap akademi memang di tuntut oleh mana mana syarikat, jika mereka ingin mengembangkan karrier masing masing.
10. saya mengingati mereka juga tentang perancangan masa hadapan dimana ini perlu sekurang2 nya 3 bulan dan jangan saperti saya yang tidak ada perancangan walaupun sentiasa bekerja sehingga hari terakhir persaraan.
11. saya mengingati mereka supaya 'focus' dalam membuat satu satu perkara.
12. saya memberitahu mereka pada ketika ini saya sudah membuka laman 'rahmanamir.blogspot.com'. email : arahmanamir@gmail.com dan rahmanamir@yahoo.com .

Oleh kerana saya telah membuat pengumumam itu maka terpaksa saya menulis 'tugasan yang singkat' dalam laman ini.

Akhir nya untuk Warga Linkedua, saya dan keluarga memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan yang telah saya lakukan semasa menjalankan tugas sebagai Pengurus Besar di Linkedua.

Pantun Balasan dari MC Jo pada malam itu.

Pulau Pandan Jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung Tanah,
Budi Baik dikenang Juga.

Dari Kl ke Johor baharu
Singgah di bt pahat melihat kuari,
Hati terusik walaupun baru,
tetap ter semat di sanubari.

selesai majlis saya pun ngetih di kedai favorite saya 'restoran Sayam'.
masuk tidor hampir pukul 1 pagi dan esok pagi pagi nak bermain Golf..

Sayonara.....Warga Linkedua.

Tiada ulasan: