Sabtu, 31 Januari 2009

KITA KAT MANE NI YEA.....2008 pergi 2009 datang

Selamat Jalan 2008 Selamat datang 2009

1. ARA sengaja tidak menulis sepanjang bulan January 2009 sebab ARA sedih n sebukkkk.

2. ARA sedih sebab 2 anak saudara jatuh dibawah jambatan kat km 301 arah utara Lebuhraya utara Selatan dan adek kepada adek ipar ARA meninggal dunia di hospital Ipoh. punca nya kereta yang dipandu mengalami kemalangan kereta berpusing 3 x di atas jambatan 2 atau 3 bridge railing tu patah dan 2 anak saudara ARA jatuh kebawah....bayangkan berapa meter kebawah.....

3. ARA sedih lagi bila accident tu di anggap kemalangan biasa oleh RCC n TMC PEB....tiada lapuran yang lengkap...

4. ARA sedih lagi sebab jambatan itu lah yang ARA kendalikan ketika bridge plate n bridge joints ade masaalah dulu....

5. ARA sedih lagi section C1 itu yang mana ARA menjadi SM yang pertama.

6. ARA sedih lagi bila dapat tahu SM sekarang ni ada lah orang harapan dan orang yang telah ARA didek di wilayah Selatan dulu...tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai accident tu...bayangkan....SM mendapat maklumat yang tidak tepat..

7. ARA balek ke Rawang hampir pukul 4.00 pagi.....sedihhhhhhhhh.

8. besok nya lagi sedihhhhh......pak cik ARA pulak meninggal dunia di kampong...balek juga ke kampong.....walau pun penat n sedih x dapat jumpa .....

ARA akan mengulas kembali kesah ini....sehingga hari ini 31.1.2009 ARA tidak mendapat apa kenyataan dari PEB kes ini.....common event ke...non common event ke...MD tau ke...COO tau ke....GMO tau ke....ntah la....

Ahad, 21 Disember 2008

NOSTALGIA dan LEGASI

Section C2 ( Jalan Raya Tol Slim River - Tg Malim)

Dec 1989

ARA melapurkan diri di jalan raya tol Slim River - Tg Malim berpengkalan di Slim River Perak ( satu satu nya jalan lama ber tol di FR 1) yang ber operasi secara sistem terbuka.....satu nostalgia.

Tugas Utama sebagai Jurutera Penyelenggara (Maintenance Engineer) jalan raya dan berurusan dengan kontraktor LLM yang telah dilantik...

Pejabat ada tapi hanya lah sebuah 'site office' berkongsi dengan Juruteknik LLM yg sekejap ada sekejap tak ada. bekerja saorang diri...semua kena buat sendiri...jadi typist...jadi clerk...jadi technician...jadi Engineer ha ha ha itu lah .......satu nostalgia.

Kerja bersaorangan ditemani dengan kereta operasi ' Green Car' yang mempunyai dua seat saje..seat belakang ...penuh dengan barang barang safety ' safety items' untuk kegunaan operasi.
ARA bangga menggunakan 'green car' tu...cuma sejak dua menjak ni...'green car' tak nampak langsung...yang ade 'blue car'....he he he he. Cite pasal 'green car' tempat tempat lain ARA dengar ada yang kena cekup oleh DHS, AAM n JMB kat supermarket la, kat hotel la..kat genting pun ada...keja kat C5 'green car' ada kat melawati...n macam2 lagi la.
saorang TSTO dari Jabatan Taffik dan Keselamatan sepatut nya melapurkan diri tapi TSD n HRD masih dalam pencarian..... satu nostalgia n legasi 'green car'

Pengambilan jalan raya tu dilaksanakan sepenuhnya pada 31.12.1989 dan esok nya jalanraya tu menjadi tanggung jawap PLUS dan ARA memikul tanggung jawap itu...baru lah kerja kerja pemantauan dan pelaksanaan berjalan mengikut cara PLUS. semua aspek dipantau dan dilakukan melalui 'site Inspection' dengan kontraktor. 'Routine Maintenance' dilaksanakan penuh mengikut jadual yang ARA buat semasa proses pengambilan dan site familiarisation sebulan yang lepas. Pemeriksaan longkang dan parit, terowong air, slope and Embankment, permukaan jalan raya dan bahu jalan, pengurusan tafik dan peyelenggaraan bangunan tol plaza dilaksanakan secara sistematik. semua kecacatan diambil kira dan perancangan pembaikan disusun semula. lapuran 'Routine Daily Progress Report'(DPR) dihantar oleh kontraktor setiap hari tanpa gagal.......ARA lakukan nya saorang diri...macam diatas tadi la....one man show... satu Nostalgia n Legasi.

Kontaktor merasai perbezaan yang ketara dalam melaksanakan kerja kerja routine. longkang2 yang dahulu di cuci mengikut cita rasa masing masing kini telah berubah kerana terpaksa mengikut citarasa PLUS walaupun prosidur dan cara maintenance didalam kontrak sama saja. longkang2 konkrit yang dulu tak nampak saiz sebenar kini jelas kelihatan dan tak nampak setiap longkang macam setengah saiz jea. masaalah banjir kilat telah dapat diatasi dan bahu jalan yang dulu nya lecak kerana berlubang sana sini kini air mengalir terus ke longkang tanpa sekatan.....heran juga yea...lebuhraya sekarang ni ponding banyak merata rata sepanjang lebuhraya bila hari hujan.....sebab verge tinggi dari longkang....
kontraktor penat....ARA lagi penattttt tapi tak ape....satu Noltagia n Legasi.

Pengurusan trafik mula dilaksanakan di jalanraya mengikut traffic managemnet plan PLUS...dan pehak JKR Daerah mula mengangkat topi kat PLUS kerana melaksanakan sistem pengurusan trafik yang teratur. ARA beritahu JKR Engineer Daerah Batang Padang, ARA ex JKR dan dalam spesifikasi JKR juga ada nyatakan pengurusan trafik tapi kenapa tidak dilaksanakan?. kemudian nya JKR Batang Padang melaksanakan pengurusan trafik.....satu Legasi.

Pengurusan Seksyen C2 dibentuk dan ARA jadi Boss la, disamping maintenance, TSTO 'AA' jaga trafik, JOE 'ANI' jaga tol.
TSTO ' AA' (dah jadi ex PLUS) tidak ada pengalaman langsong dan tidak faham prosidur lagi....jadi ARA kena lah ajar dia, kemudian 'AA' ditukar ke Tangkak dan diganti dengan TSTO 'R' atau Roland yang pakai cermin mata 'retak sebelah'...dia ni lagi worse than 'AA' malas dan banyak 'Excuse' ....Roland pun tak lama di PLUS...
JOE 'ANI' sekarang dah jadi DSM ....ARA tak mahu komen banyak sebab ....macam 'kacang lupakan kulit'....'melepaskan anjing tersepit' ...dan suka 'tikam belakang....ARA penatt la .

ARA pindah ke pejabat pentadbiran Tol dengan 'NJ' menjadi setiausaha ARA pertama, 2 jurutol 'JH' n 'R' menjadi MA...sampai sekarang dia orang ada kat C2 tu. 'NJ' dah jadi executive kat HQ. Chief Supervisor 'MA' tak tahan di C2 dan minta tukar ke N2. Jurutol 'Mazlan' jadi RCC operator dan sekarang jadi TSTE C2 selepas tu tukar ke N5 dan la ni balek semula ke C2. Jurutol 'Chandran' dinaikan pangkat jadi penyelia dan sekarang dah jadi 'Chief Union' dan pernah melabelkan RAD (Rahman Ada Dendam) masa dialog dengan Union sewaktu ARA jadi Boss RAD, tapi dia lupa ARA lah rekomen dia jadi supervisor tu dulu. Supervisor 'Zam' masih di C2 lagi...enggan naik pangkat kecuali dipaksa...ARA masih ingat dia ni sentiasa menjdai pemain 'simpanan' team pingpong CRegion walaupun dia pemain yangbagus. penyelia 'MB' jadi penyelia C1. jurutol 'laila' masih ade, jurutol ' Maaruf' yang makrup tu tukar C5 dan banyak kali tukar plaza..jurutol 'R' yang buat hal kat slim river dah jadi ex PLUS dan Penyelia ' K' dah arwah semasa di plaza tol UPM. ........satu Nostalgia dan Legasi.

Semasa GMO 'JMB' mat saleh peranchis tu buat lawatan ke C2 ,ARA pernah kena marah sebab keta 'green car' bersih......kata dia ' Rahmaann ..u are not working because your car very clean' ARA terangkan keta tu baru di cuci tengahari dan baru dia faham....petang tu dia bawa keta tu ke tg malim dan perhhhhh bawak keta antara bahu jalan dan jalan...habis kotor lagi keta tu...'this the way we works' kata dia dalam keta......I miss U JMB .....satu nostalgia.


ok ...setakat ni la yea...coretan dan catatan yang ARA buat. catatan ni hanya keluar dari kepala ni jea...kalu tengok 'V Planner system' mungkin banyak boleh di catat.

C U next @C5......

Ahad, 14 Disember 2008

Jalan jalan cari makan

Salam kepada semua pembaca blog ARA...

ARA dah lebih sebulan tidak menulis didalam blog ni...sebab nya senang jea 'Mudah Lupa... ' ha ha ha ha.

1. Mudah Lupa kepada kengkawan.
2. Mudah Lupa kepada siapa yang menolong kita.
3. Mudah Lupa kepada siapa kita sebelum ini.
4. Mudah Lupa dulu kita macam mana.
5. Mudah Lupa asal kita dari mana.
6. Mudah lupa dulu nya kita juru Tol.
7. Mudah Lupa dulu nya kita Penyelia.
8. Mudah Lupa dulu nya kita Kerani biasa.
9. Mudah Lupa dulu nya kita Management Assistant.
10. Mudah Lupa dulu nya kita Executive.
11. Mudah Lupa dulu nya kita Manager.
12. Mudah Lupa dulu nya kita Section Manager.
13. Mudah Lupa dulu nya kita Region Manager.
14. Mudah lupa dulu nya kita Ketua Jabatan.
15. Mudah Lupa dulu nya kita Senior Manager.
16. Mudah Lupa dulu nya kita General Manager.
17. Mudah Lupa dulu nya kita Managing Director.

kita mudah lupa akhir nya lupa daratan.
kita mudah lupa akhir nya kita bongkak.
kita mudah lupa akhir nya kita sombong.
kita mudah lupa akhir nya kita aniaya orang bawahan.
kita mudah lupa akhir nya kita maki hamun orang.
kita mudah lupa akhir nya kita fitnah orang.
kita mudah lupa akhir nya kita mengutuk orang.
kita mudah lupa akhir nya kita macam kacang lupa kan kulit.
kita mudah lupa akhir nya kita macam melepaskan anjing tersepit.
kita mudah lupa akhir nya kita macam mencurah air ke daun keladi.
kita mudah lupa akhir nya kita macam menongkat langit.
kita mudah lupa akhir nya kawan jadi lawan kita.

okay...ini lah hakikat nya yang perlu kita fahami dan ini lah ketentuan yang akan menjadi realiti hidup kita....jadi banyak banyak la besabar.

ARA di mana tu...merepek jea.
ARA kat Sunway Lagoon sbb ARA mudah Lupa nak bawak anak2 bercuti.....hi hi hi

Rabu, 12 November 2008

SAYONARA ..PLUS/PEB/ELITE/LINKEDUA (2)

versi BM.

NOSTALGIA DAN LEGASI

HIGHWAY MAINTENANCE DEPARTMENT ( dikenali juga MAINTENANCE MANAGEMENT DEPARTMENT)


ARA mula melapurkan diri sebagai Jurutera di Syarikat Swasta (PLUS BHD) setelah mengambil keputusan meletakkan jawatan se bagai Jurutera di Jabatan Kerajaan (JKR) Cawangan Rekabentuk Ibu Pejabat. Pejabat Jabatan ini (HMD) terletak di bangunan Syed Kechik di Bangsar, Jalan Telawi (kalau x silap) bersebelahan Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) (pejabat lama LLM). DI adalah Ketua Jabatan (HOD), orang muda yang bongkak, jurutera muda yang diambil bekerja dari Syarikat Peremba ( HS - Naib Pengerusi Eksekutif UEM juga dari Peremba), DI di bantu oleh Mr. Char??? dari TRansrooute Peranchis. ARA merupakan salah seorang "Magnificent 7 Engineers" yang terakhir di PLUS dimana kesemua nya telah meninggalkan PLUS (HH, SS, ART, KA, KZ, CTK) bersama sama dengan nama jabatan ini hilang dari lipatan sejarah PLUS...satu legasi.
HMD ini hilang kerana kerakusan dan idea dari Presiden Unit lebuhraya, RENONG BHD..DR.???? yang menerima cadangan drp konsultan D..Lit???? supaya HMD di hapuskan dan kesemua warga kerja di tukarkan ke Opus (NMM) dan yang tinggal hanya lah tulang rangka sahaja yang bertindak sebagai pemantau kpd Opus dan Jabatan ini ditukar nama menjadi MMD...sampai la nama tu wujud.
Pada peringkat awal nya kita orang bekerja keras dalam satu pasukan walaupun kami tidak suka kpd DI di bawah kelolaan chief drp Peranchis, kita belajar, berbincang dan berbahas dengan mat salleh peranchis tu..ARA selalu berlainan pandangan dengan nya (sbb ARA graduan British U). mat salleh tu memang Pro. akhir nya ARA dapat menimba ilmu yang banyak drp nya kerana mat salleh tu berpengalaman dalam bidang Lebuhraya lebih drp 15 tahun. ....Mr. Char...I missed u so much......satu nostalgia dan legasi.

ARA dan HH bekerja keras menyiapkan Routine Maintenance Procedure / Contract Procedure / Heavy Reapirs Procedure termasuk lah Program Routine Maintenance dan SI (site instruction) untuk kerja kerja yang tidak mengikut program (Non Performance). Sampai lah sekarang ini kesemua procedure itu maseh lekat di kepala ARA.....satu legasi.

ARA fikir tidak ramai yang tahu kewujudan HMD ini kecuali MZA, HNM, AS, n Jo (mungkin) yang maseh ade di PEB sekarang.

Semasa era DIM tidak ramai yang tahu(sudah lupa) menggunakan SI atau takut keluarkan SI sehingga sekarang (SM / RM ) semasa era NAH ini..masih takut dengan bayang2....satu legasi.

Untuk pengetahuan ARA lah orang yang tidak bersetuju HMD di Outsourse kan atau dijualkankerana berpendapat ini akan menghilangkan 'kebolehan' sebenar jurutera PLUS (lost credibility) di peringkat kerajaan kerana terlalu bergantung kpd Opus/NMM. Pandangan ini ARA suarakan dalam satu mesyuarat penting....akhir nya ARA telah di sejukkan se sejuk embun pagi dan di aiskan 'snow white' atau snow ball......satu lagi legasi dan nostalgia.

Khamis, 6 November 2008

KITA NI KAT MANE YEA.........MALAYSIA????

ARA terpaksa menulis semula topik ini kerana yang pertama telah di edit untuk ke 2 jadi yang pertama tu dah hilang la.

1. Hari hari keluar dari Rawang masuk highway tetapi dah jarang jarang jumpa tol teller sbb dah pakai smartag sebelum tu isi minyak kereta dulu x kesah la Perdana V6 ke, Citra ke , Kelisa ke atau Suzuki swift.....pam minyak pun x kesah la....Petronas ke, ESSO ke, SHELL ke atau Caltex janji isi minyak Petrol..mana mana pun pam minyak maka terjumpa la bangla yang bau nya.....tauuu jea la....kita ni kat mane yea...

2. Masuk highway amek tiket toll teller senyum n menyapa "En Rahman pergi mane ?"jalan jalan cari makan....itu dulu...toll teller lama....yang baru ......x pandang muka pun....(sbb tu la ni pakai Smartag) kita ni kat mane yea...Malaysia la.

3. Lalu highway nampak pekerja highway pakai baju oren yang x nampak warna lagi...3 orang memegang penyapu lidi besar menyapu di Median.....(mana ade orang menyapu pakai sapu lidi sekarang, 20 tahun dulu ok la)...tengok tengok Bangla gelap n Myanmar kot...kita ni kat mane yea.

4. Sakit perut la...singgah kat OBR Sg Buloh.....terjumpa lagi pekerja pekerja berbaju serba putih sedang menyuci lantai dan membasuh bilek air.....tengok tengok mbak Indon dan cowok Indon...kita ni kat mane yea.

5. Singgah kat KFC...Burger King....kedai Matt Salleh...ingat nak jumpa kuda puteh..silap la rupa rupa awek Melayu.....kita ni kat mane yea...Malaysia la.

6. Jalan jalan cari makan la kat KL, Damansara, Bangsar, SS2....makan nasi kandar Pelita.....jumpa semua semua nya....mammooo Bangla, India Utara n ade juga India Selatan n Sri Langkan.....patut pun kedai mamak...kita ni kat mane yea.

7. Cakap kedai mamak atau restoran mamak......semua semua sama...kekadang tu tengah makan dia orang menyapu.... angkat pinggan roti canai atau telur 1/2 masak....mak tuan, bau nya macam 3 bulan x mandi...yeeeeeeee ..kita ni kat mane yea.

8. Kedai makan kat Pudu Raya tuu.. semua semua semua kedai ...mak chik Indon penuh n Control abis ...dari kedai hujung sane sampai hujung sini..kita ni kat mane yea.

9. Ok la x puas hati tempat tempat tu....pergi la ke Old Town Coffee Hse (kopitiam la tu)...order makanan pakai tick tick aje....nak cakap x boleh nak cakap macam itek ngan ayam....rupa rupa miss atau mr. Myanmar n Vietnamese..kita ni kat mane yea.

10. RSA Dengkil ke RSA seremban ke pun sama aje...kita kat ni kat mane yea.

11. Kat MidValley...Ikea..Curve Damansara.. The gardens n Pavillions....Mont Kiara ke...Jaga Jaga (Security Guards ) pun same jugak ramai ramai nya n Nepalese (dulu dulu Gurkha la)Vietnamese...kita kena marah sbb berhenti keta sekejap jea...kat MidValley lagi lah ...pakai Uniform macam Polis Trafik ( Trafik Bukit Aman tak perasan ke tak tauu la).......kita ni kat mane yea.

12. Ini lah realiti hidup kita kat Malaysia ni....mane anak anak Malaysia (Melayu la)...nak jumpa diaorang tengok la kat Internet Cafe, intai intai kat Cinema Cinema n Bowling center n tempat merempit....jumpa!!!!! mesti jumpa punya la....habis duit amek duit buangggggg duittttt.

13. Dia dia orang semua tu....tiap tiap 1/2 bulan amek duit kat ATM pas tu masuk Bank....anta duit kat kampung masing masing....tak tau lah berapa juta RM mengali keluar, dia orang dulu dulu pernak cakap kat ARA boosss di Maleysia ni saya nampak itu sampah sampah semua nyaa Eemas booss.

25 tahun dulu masa ARA kat obersee (oversea) ....jalan sana jalan sini ....jumpa paki (Pakistanis)...jual macam macam, tokey rumah sewa, tokey apartment...kaya kaya diorang tuuu..Matt Salleh sane malas...mabukk...n kaki gaduh.

ARA kat mane tu...kat Monterez la....x ade keja n x ade opis.

Jalan Jalan Cari Makan...

KITA NI KAT MANE YEA.........MALAYSIA???? (2)

1.Hari hari keluar dari Rawang masuk highway tetapi dah jarang jarang jumpa tol teller sbb dah pakai smartag sebelum masuuk highway ternampak papan tanda perumahan..Bandar Country Homes, Velox, Emerald...besar papan tanda tu........kita kat mane ni?

2. lalu highway nampak paparan iklan yang BESO...OOOOO tak nampak bahasa Melayu punnn....kita kat mane ni?

3. Lapar la, singgah jap kat OBR Sg Buloh..nak makan kat restoran....x jumpa la cuma yang ada cafe, KFC, Burger King, Kopitiam ...dll ....ooooooo ade SAMURI, Sate Kajang...kita kat mane ni?

4.Dalam perjalanan masa memandu nampak MyVi, VIVA.....eh eh eh mana pulak Kancil, Kelisa......oooooooo syarikat Malaysia tak nak pakai nama Kancil dan Kelisa lagi....sebab tak ade Kelas dan tak ade Standard.....kita kat mani ni?

5. masuk JUSCO...TESCO...IKEA...CURVE....Mid Valley, The Gardens, Pavillions, The Mall, ....itu gedung gedung besar....masuk kedalam gedung Isetan, Bonia, Valentino, Burberry....semua kedai jepun n matt salleh....eh eh eh ade kedai dan papan tanda melayu..tapi kecikkkkk jea.kita kat mane ni?

6. singgah lah dimana mana dan lihat lah di mana mana....Depan....Belakang.....Kiri.....Kanan....kita kat mane ni?

7. ada Bank pun tukar nama.....Bank Bumiputera....jadi Bank CIMB (Cina, India, Melayu Baru)...Bank Pertanian....jadi AgroBank.... kita kat mane ni?

8. Ini lah Malaysia kepimpinan Melayu yang tidak dapat mencerminkan tempat kita sebagai MALAYSIA..hilang semangat Patriotik (kepahlawanan)....

9. Ini lah Malaysia..kepimpinan DBKL, Majlis Daerah, Majlis Perbandaran....semua kepala pemerintah ada lah Melayu......hilang semangat Patriotik....

10. Ini lah Malaysia....kepimpinan .....semua peringkat lupa kepada asas perlembagaan artikel 152 dan 153.....kita orang orang biasa ni....jadi lah macam KATAK DALAM CERMIN...

11. Budak budak Melayu atau anak Malaysia kat mane yea.... fikir fikir n cari lah sendiri.....wa wa wa

Hari ini ARA sebuk jugak sebab ade keja yang sikit tu nak di buat...ARA kat mane tu...ARA kat Tasek Perdana la..tak ade kerja n tak ade opis..

2 dan 3 hari lepas ARA pening kepala....sebab HP HTC yang ARA pakai tu dah ranap terkena pintu kereta Perdana...bukan BMW yea ....anta kat ejen ....tidak ada gerenti data akan ada lagi...jadi ARA sebuk lah tanya awak siapa?? jika dapat sms atau panggilan....wa wa wa. Pas tu sebukk la ARA hantar email kat kawan2 minta tolong bagi no...tima aceh....AT,Mai ...n Spi.

3o tahun dulu ARA kat Malaysia jalan sana jalan sini...mana ade 'highway' pakai keta Toyota KE20 ...mana ade Perdana V6 masa tu ...tapi taman taman baru semua nama Melayu... Iklan atau paparan Iklan oleh 'Pearl & Dean' guna bahasa Melayu...'NOW ' .......fikir fikir dan tengok tengok ...dan cari lah sendiri....oooo yea...ada satu PLAZA ANGSANA kat JB tapi bukan Plaza Tol tauuu......

SAYONARA ..PLUS/PEB/ELITE/LINKEDUA (2)

NOSTALGIA and LEGACY

HIGHWAY MAINTENANCE DEPARTMENT (a.k.a Maintenance Management Department)

1988

first reported duty as Engineer at private sector (PLUS BHD) after resigned from JKR (Cawangan Rekabentuk).Located at Bangunan Syed Kechik in Bangsar next to MHA Old office,DI was the HOD of HMD arrogant young chiku formerly from Peremba (DHS was there also).for a matter of fact I was the last 'Magnificent 7 Engineers' and the rest all gone (HH,SS,ART,KA,KZ & CTK)together with Highway Maintenance Dept. A bulk of staff had been transfered out to Outsourced sister company namely NMM/Opus. The exercise was initiated by Mr. President of Highway Unit of Renong Bhd...namely Dr.??. Initially at HMD, we worked as a solid team under purview of Frenchman...(Mr. Shah..). HH and I had a task to complete .i.e Routine Maintenance Procedure and Bill of Q as well as Heavy Maintenance Procedure. We had learned a lot from him even I had differ in opinions (ARA was trained by British U) and till to date all the routine maintenance aspect of it still in my head...forever and ever...that the legacy.I dont think many people will remember that Dept except a few people namely MZA,Hjh N,As and Jo. During the era of DIM till todate many people (SMs,RMs,GM)forgot about SI..site Instruction that determined non performance of Propel.Nostalgia or legacy is up to you to determined it.. As far as the HMD being sold to NMM as I remembered, ARA (I la tu)really objected it during 1 meeting with the basis of PLUS will lost the credibility as far as maintenance is concern...finally ARA sejuk sesejuk embun pagi dan sejuk sesejuk snow white... another Nostalgia and Legacy.

ok....see u next....Section C2