Khamis, 12 Februari 2009

SAYONARA.....PLUS/PEB/LINKEDUA/ELITE (4)

Salam semua warga ELITE..... semasa majlis sayonara dulu ARA ada janji ngan Pengurusan C6 untuk mengabadikan satu PUISI...SAJAK yang ditulis oleh mereka semua, mungkin kerana sebukkk kot atau tersalah simpann ......sendiri mauuuu ingat la...tup tup terjumpa lakkk...

ARA salin semua balik...untuk warga ELITE khas nya dan semua yang kenal ARA am nya.

SELAMAT TINGGAL PELABUHAN

Selamat tinggal pelabuhan
biarpun tidak ku sanggup
merempuuh keterharuan
melanda kesedihan


Aku tahu pasti
di tengah pelayaran nanti
air mata memercik
bagai air di lautan terbentang
melompat ke haluan perasaan
dikuis angin kenangan


Selamat tinggal kalian di pelabuhan
yang telah sekian waktu
kita sama bersenja dan menunggu malam
menabur kesyahduan dan ilham
kita sama sama menunggu
subuh bangkit menghampar kehijauan
rumputan di padang
menghampar keputihan di pasir pantai


masih saperti dulukah
seharian kau berlari kesana kemari
dibibir pantai itu
bunyi pecahan ombak rasa
di pinggir kenangan


setelah kapal mula berangkat
ke laut malam
SELAMAT TINGGAL PELABUHAN

Tiada ulasan: