Jumaat, 20 Februari 2009

BANGSA MELAYU (1)

KEDAULATAN KEBUDAYAAN, PENDIDIKAN, BAHASA DAN AGAMA BANGSA MELAYU

1. Kedaulatan dan kekuasaan sebagai imperative kewujudan bangsa dan Negara serta kebudayaannya.

Naluri semua manusia dan haiwan secara fitrah menuntut suatu kawasan kediaman dan penempatan di muka bumi sebagai 'wilayah' (territory) miliknya. Ini lah naluri 'territorial imperative' yang di terjemah dalam konsep budaya manusia sebagai 'dimana bumi di pijak, disitu langit di junjung'. lalu, kawasan itu berkembang menjadi Negara untuk di huni oleh semua anggota bangsa nya dan di tuntut hak miliknya sebagai 'ibu pertiwi', 'motherland' atau 'paterland' (fatherland). Dari 'pater' (bapa) dan 'fatherland' muncul semangat mempertahankan wilayah atau tanah itu sebagai semangat 'patriotism' justeru Tanah Melayu dan Malaysia atau Melayu Raya adalah milik azali bangsa Melayu (bumiputera) yang asal menghuni wilayah ini. Inilah ' Ibu Pertiwi' dan 'tanah air' mereka. seluruh kawasan ini berkembang menjadi 'wilayah kebudayaan Melayu' selaras dengan kawasan lain di dunia sebagai wilayah budaya China, wilayah budaya India atau sebagainya. Di muka bumi ini lah satu satu nya kawasan yang bernama 'Tanah Melayu' atau Malaysia yang membawa bersama nya identiti, keperibadian serta jati diri Melayu. Gagasan sama berlaku di 'Thailand', 'China', 'India', Arabia', 'Rusia' atau 'Germany (German land) dan'England' (English land).

Dikawasan semenanjung inilah, termasuk Sumatera (sebelum menjadi Hindia Timur (1824) atau Indonesia (1945), terbina, mengikut bukti sejarah, sejak abad 7, sebuah peradaban bernama Melayu dengan cirinya, variasi, sejarah, perubahan dan kelansungan hingga kini. Maka berlandaskan wujud dan sejarah kelansungan itu lah maka peradaban Melayu mendapat kedudukan yang sah dan hakiki sebagai unsur asli dan pribumi bagi rantau ini. Atas alasan kesejarahan itu maka hak Melayu yang telah membentuk 'negara' (state) di wilayah ini mengatasi kelompok kelompok asli yang lain, dengan kuasa mutlak pemerintahan (government) berbentuk 'kerajaan' (kingdom) telah di iktiraf oleh semua kuasa asing di seluruh dunia termasuk penjajahan Inggeris yang datang kemudian. Kedudukan yang berdaulat (sovereign) di mata semua bangsa dunia yang bertemu dan berhubung dengan kerajaan Melayu itu menjadi sebab utama hak itu termaktub dalam undang undang Perlembagaan Negara Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia berteraskan Melayu. Perlembagaan yang tergubal hasil dari perundingan, permuafakatan dan persetujuan para penduduk dan Raja Raja Melayu dengan kuasa tadbiran British ketika akan memulangkan kuasa pemerintahan negara ini kepada penguasa nya yang sah, yakni Raja Raja Melayu, saperti yang ada sekarang, menjadi pegangan dan alasan sahih tuntutan bangsa Melayu dan bumiputera lain berkenaan hak hak mereka yang utama dan istimewa di negara ini. Berasaskan 'hak istimewa' itu maka wujud dimensi istimewa kebudayaan pada Perlembagaan dalam bentuk keistimewaan kebudayaan Melayu dengan segala natijah atau 'consequence' nya didalam Perlembagaan itu. Natijah atau implikasi kebudayaan ini lah yang mahu di bincangkan didalam kerttas ini....

kertas kerja ini di buat oleh Prof Dr. Zainal Kling.

Komen ARA : Satu kertas kerja yang terbaik buat masa ini...kerana rata rata orang Melayu ini masih tidak faham....tidak peka....tidak ambil tahu....walau pun akhir nya tanah ini bukan milik kita. ARA berkongsi dengan pembaca kerana ramai yang tidak dapat menghadiri forum ini dan ARA bernasib baik kerana dapat datang ke forum tersebut. di keluaran akan datang sedikit demi sedikit ARA akan salin semula kertas kerja tersebut....sebab ARA tidak mahu pembaca terkeliru dan malas meneruskan pembacaan ....lagi pun kertas kerja ini memang 'berat'....so tunggu lah siri siri yang berikut nya. Kertas kerja ini juga dapat memperjelaskan kedudukan kita..orang Melayu...yang sudahhhhhhh jauh ketinggalan dalam semua bidang.

Tiada ulasan: