Selasa, 24 Mac 2009

BANGSA MELAYU (2)

2. Beberapa peruntukan perundangan tentang kedaulatan Melayu.

Landasan utama tuntutan bangsa Melayu ke atas hak dan kedaulatan mereka di Malaysia terletak pada peruntukan undang undang Perlembagaan, Undang undang tubuh negeri negeri dan juga undang undang lain yang menjadi teras kepada kewujudan Negara Malaysia dan sekali gus menjadikan Melayu/Bumiputera sebagai bangsa utama di negara ini. Bangsa Melayu itu lah yang menjadi teras kewujudan Negara Malaysia.

Ada orang yang sering mempersoalkan peruntukan istimewa ini dan menuntut persamaan hak. Hak istimewa yang di peruntukan kepada Melayu/Bumiputera ada lah 'hak asasi' bagi bangsa dan manusia Melayu/Bumiputera yang tidak boleh di tukar ganti. Inilah hak yang menjadi ' the Inelineable right ' mereka yang tidak sama dengan hak ' the legitimate right' orang lain. Hak ' the Inelineable right' ada lah asli dan semula jadi (natural) tetapi 'the legitimate right' ada lah mendatang, terbitan atau 'derivative' yakni terbit dari persetujuan masyarakat melayu/bumiputera. Meski pun orang selalu menyebutkan hak istimewa itu untuk mengupayakan Melayu/Bumiputera supaya mencapai kedudukan yang setimpal dan berwibawa di Negara mereka sebagai pewaris yang sah dan berhak namun selama lama nya hak itu tetap ada dan sahih walaupun mereka miskin, papa dan merempat.

Banyak kemajuan telah tercapai dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan agama dalam rangka 51 tahun terakhir ini namun Melayu masih lagi ketinggalan dalam banyak bidang dan kedudukan. Maka amat wajar keistimewaan itu bukan sahaja di tegaskan bahkan di terjemahkan lagi sebagai dasar dasar pembangunan negara untuk selamanya bagi mempastikan mereka kekal dan dapat menikmati kemajuan negara mereka dalam semua bidang dan muncul sebagai penguasa yang sah serta berwibawa di negara mereka dalam dunia global.

Tiada ulasan: